Pura-pura jadi pelanggan sebelum larikan telefon bimbit

MUAR – Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum bertindak melarikan sebuah telefon bimbit dari kedai berkenaan di pusat bandar dalam daerah ini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki tempatan tersebut yang datang seorang diri berpura-pura melihat telefon bimbit yang diminta daripada jurujual wanita berusia 27 tahun.

“Ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek yang berada di kedai dan lelaki berkenaan pula ketika itu sedang membelek telefon bimbit tersebut sebelum bertindak melarikan diri.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 11.49 pagi dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular sebuah rakaman memaparkan jurujual wanita menjerit ke arah suspek sambil mengetuk kenderaan lelaki itu selepas mencuri telefon bimbit dari kedai berkenaan.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah