PN bakal umum calon awal untuk PRK Mahkota

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) bersedia mengumumkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam tempoh terdekat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, langkah ini bagi membolehkan calon PN turun padang lebih awal mengenali dan menyantuni pengundi.

“Kita akan mengumumkan calon lebih awal pada minggu pertama, bulan depan iaitu seminggu sebelum hari penamaan calon. Ia berbeza berbanding sebelum ini apabila pengumuman dibuat dua hari sebelum hari penamaan calon.

“Terdapat pertambahan besar pengundi iaitu kini berjumlah 66,318 pengundi di DUN Mahkota. Kita perlu masa bertemu pengundi dalam tempoh singkat.

“Setakat ini ada tiga nama yang sudah dihantar kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas,” ujarnya yang juga Ketua Bersatu Selangor seperti dilapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat persiapan PRK DUN Mahkota di Bilik Gerakan utama PN di Kampung Melayu di sini hari ini.

Tambah Mohamed Azmin, Bersatu tidak gerun walaupun ketika ini hanya ada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dalam DUN Johor.

“Kita mahu bawakan isu-isu seperti masalah ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi. Kita mahu suara lebih kuat dan bawa mandat di DUN Johor. Apa yang penting dapat bawa mandat rakyat Mahkota,” ujar beliau.

Sebelum ini pada PRK DUN Nenggiri, UMNO Kelantan mengambil langkah baharu apabila mengumumkan calon jenteranya lebih awal berbanding kebiasaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Dr Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata, pihaknya bercadang untuk mengumumkan calon PRK DUN Nenggiri lebih awal bagi memberi ruang kepada individu yang dipilih bertemu pengundi di kawasan berkenaan.

Tindakan itu dianggap berkesan apabila Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan mengakui, pengumuman calon lebih awal antara faktor kemenangan mereka di DUN Nenggiri.

Related Posts

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sekali lagi mengkritik Pas secara terbuka susulan kemelut hubungan antara kedua-dua parti yang semakin berpanjangan dalam Perikatan Nasional (PN). Menerusi satu hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM