Tolak label politik dajal, elak timbul diskriminasi dalam masyarakat

KOTA BHARU – Budaya melabel dalam politik termasuk penggunaan istilah dajal harus ditolak bagi mengelak timbul diskriminasi yang boleh menyebabkan berlaku kegelisahan dan ketidaktenteraman dalam masyarakat di negara ini.

Ketua Wanita AMANAH Negeri Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, budaya politik yang menyemai kebencian perlu ditolak dan dicegah malah politik sedemikian menyumbang kepada kesukaran dalam membentuk kesepakatan nasional politik.

Menurutnya, walaupun berbeza pandangan namun parti itu menolak budaya sedemikian dan berpegang teguh kepada prinsip demokrasi.

“Sentimen politik dajal bukan budaya yang bagus dan perlu ditolak kerana boleh mengundang kerosakan disebabkan pandangan dengan melebel sedemikian.

“Gelaran buruk yang dilemparkan terhadap sesama orang Islam adalah tindakan tidak wajar dan dilarang dalam Islam selain dikhuatiri boleh menjadi ikutan masyarakat.

“Tiada masalah untuk kita berbeza pandangan tetapi kita juga haruslah menghormati dan perlu elak dari sikap melebel,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hafidzah berkata, budaya sebegitu juga harus dihentikan selain elak terperangkap dalam konsep politik sempit selain menimbulkan ketegangan serta sensitif hingga menimbulkan krisis lebih besar dalam masyarakat.

“Justeru, rakyat Malaysia harus membudayakan politik yang matang dan sihat demi kelangsungan keamanan dan kedamaian.

“Semua pihak yang gemar menggelar individu tertentu dengan panggilan tidak baik perlu menghentikan tindakan sebegitu, walaupun berbeza fahaman politik,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook Jumaat lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO yang rosak bersama Pakatan Harapan (PH) meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaannya.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, perkara itu digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajal.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kenyataan Abdul Hadi itu seperti perumpamaan ‘paku dulang, paku serpih’, yang menggambarkan parti itu yang ‘lebih dajal daripada dajal.’

Related Posts

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan SpaceX menerusi perkhidmatan internet satelit Starlink bagi meluaskan capaian internet berkualiti, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar senada mahu konflik serta pertempuran yang melanda rantau Asia Barat dihentikan segera demi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99