Tubuhkan Galeri Warisan peristiwa konfrontasi Kalabakan sebagai tarikan pengunjung

KALABAKAN – Galeri Warisan atau mini muzium yang menempatkan pelbagai koleksi sejarah berkenaan peristiwa konfrontasi Kalabakan 1963 wajar ditubuhkan sebagai satu tarikan terbaharu di daerah ini.

Waris bekas seorang anggota Home Guard, Abd Mansah Abd Samad, 48, berkata, mini muzium ini penting dibina bagi tujuan memberi penjelasan dan kefahaman terhadap peristiwa berdarah tersebut kepada pengunjung.

“Harap ditubuhkan supaya sekiranya pengunjung datang, mereka boleh masuk muzium itu, boleh lihat gambar-gambar sejarah Allahyarham sebelum kejadian dan video rakaman beberapa tahun lalu semasa rakannya masih hidup menceritakan tragedi itu.

“Gambar-gambar memang kita boleh kumpul dan ada sedikit dalam simpanan saya,” katanya kepada media selepas menceritakan secara ringkas pengalaman bapanya, Allahyarham Abd Samad Piatu yang ketika itu berkhidmat sebagai Home Guard di Balai Polis Kalabakan semasa serangan Tentera Negara Indonesia (TNI) berlaku.

Menurut Abd Mansah, tugu peringatan sedia ada di Kalabakan itu tidak mencatat nama bapanya dan beberapa lagi anggota Home Guard termasuk Diwan Husin kerana tugu itu dibina sebagai memperingati lapan perajurit negara yang terkorban.

Sementara itu, seorang lagi waris anggota Home Guard, Yumar Diwan, 58, berkata, usaha mendirikan mini muzium ini perlu disambut baik terutama wakil rakyat dan disokong penuh oleh masyarakat setempat untuk kefahaman generasi masa kini.

“Mereka boleh membayangkan sendiri bagaimana serangan-serangan dari Indonesia itu berlaku dan memahami perjuangan tentera serta Home Guard dan polis mempertahankan balai polis tu daripada ditawan.

“Kita juga boleh beri mereka tayangan visual dengan audio seolah-olah semasa kejadian itu berlaku dan boleh kita aplikasikan menjadi tayangan tontonan beramai-ramai di Kalabakan,” tambahnya.

Mengimbas tragedi hitam itu, pada 29 Disember 1963 kira-kira pukul 7 malam, Pos Kawalan Tentera diserang hendap TNI sementara serangan menyasarkan menawan Balai Polis Kalabakan yang terletak 400 meter dari pos kawalan gagal kerana dipertahankan oleh tujuh anggota Home Guard dan seorang anggota polis (ketika itu).

Peristiwa Kalabakan telah mengorbankan lapan pegawai dan anggota tentera dari Batalion ketiga Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) manakala 18 lagi tercedera.

Related Posts

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

TAWAU – Pelbagai insentif yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 termasuk kenaikan gaji minimum mencerminkan Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara serta mengambil kira keperluan rakyat. Naib III Pengerusi Majlis Pimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

KUANTAN – Dua pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah lebih RM58,000 dari awal tahun ini. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenderaan rosak selepas isi petrol, KPDN minta pengguna tampil buat aduan

Kenderaan rosak selepas isi petrol, KPDN minta pengguna tampil buat aduan

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung