Kejayaan UMNO, BN diraikan penuh tawaduk, keinsafan

KEMENANGAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri harus dirai penuh tawaduk dan keinsafan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan ini juga ada antara jalan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.

Kepercayaan yang diberikan ini bukan sahaja satu amanah, tetapi juga satu tanggungjawab besar yang akan kami laksanakan sebaiknya.

“Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawaduk dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN akan tetap diteruskan.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan. Terima kasih Nenggiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Keputusan PRK DUN Nenggiri calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya memperoleh 9,112 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail yang mendapat 5,741 undi sekali gus BN meraih majoriti 3,372 undi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengundi Nenggiri yang memberikan kepercayaan untuk BN mendapatkan semula mandat rakyat di kawasan tersebut.

“Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain ‘Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya DUN Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Sri Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengarah Operasi dan pastinya seluruh jentera BN serta semua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang bertungkus lumus membantu di Nenggiri bagi memastikan kemenangan calon kita, Awie. Terima kasih Nenggiri,” katanya.

Sebelum ini, Bilik Gerakan BN PRK DUN Nenggiri di Gua Musang, secara tidak rasmi Calon BN Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani merampas kembali kerusi DUN tersebut dengan memperoleh 9,113 undi manakala Pas yang diwakili Mohd. Rizwadi Ismail sebanyak 5,741 undi.

Mohd Azmawi Fikri yang lebih dikenali dengan panggilan Awie menang dengan majoriti 3,372 undi.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok