Anak-anak Cikgu Istiqomah termenung, membisu terlalu rindu arwah

MELAKA – Suami kepada Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33, mengakui sebak dan sedih mengenang nasib tiga anaknya yang begitu merindui ibu mereka termasuk anak sulung yang didakwa ‘mencuri-curi’ untuk melihat gambar mangsa.

Mohd Yusoff Mokhtar, 35, berkata, saat ini apa yang lebih penting adalah menjaga emosi anak-anak Naura Auni,9, Naufal Amzar, 6, dan Nayla Aisya, 4, yang sedih menonton berita kematian ibu mereka di televisyen.

Menurutnya, biarpun berat untuk melaluinya namun, sebagai bapa dia telah menjelaskan apa yang berlaku kepada anak-anaknya.

Anak sulung terutamanya suka curi-curi tengok gambar arwah kerana dia rindu. Tapi bila perasan saya melihat tindakannya itu, dia akan sembunyikan gambar kerana tidak mahu saya bersedih,” katanya sebak ketika dihubungi pemberita di sini, pada Selasa.

Tambah Mohd Yusof, ada waktunya ketiga-tiga anaknya itu akan termenung, berdiam diri dan membisu mungkin terlalu rindukan arwah.

Kalau menangis mereka akan panggil mama iaitu panggilan kepada arwah namun saya perlu sembunyikan keperitan hati ini untuk memberi kekuatan kepada anak-anak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Yusof turut merayu orang ramai supaya tidak mengaitkan lelaki itu sebagai bekas kekasih isterinya kerana mereka hanya berkawan di maktab perguruan sebelum ini.

“Janganlah ditambah kesedihan saya tapi doakanlah saya dan tiga anak-anak yang masih kecil terus kuat mendepani pembunuhan kejam ini

“Saya juga berharap dapat segera menuntut jenazah arwah untuk dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan selepas lapan bulan kematiannya tidak bernisan,” ujarnya lagi.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK