1771 kumpulan B40 dan belia terima lesen B2

SARATOK – Program Bantuan Lesen Memandu B2 MyLesen di wujudkan bagi membantu golongan B40 dan belia untuk mendapatkan lesen dengan harga yang rendah, iaitu RM250 sahaja.

Program tersebut telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Pusat Khidmat DUN Kalaka, Pusat Khidmat DUN Krian dan Akademi Memandu Ing.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Hasbi Habibollah telah menghadiri Majlis Penutupan Bantuan Lesen Memandu B2 MyLesen Peringkat N.38 Kalaka dan N.39 Krian, di Pentas Utama Sri Kalaka Saratok, hari ini.

“Mempunyai lesen sangat perlu kerana kita mahu pengguna jalan raya memandu secara berhemah, tahu akan undang-undang jalan raya, dan tahu bertimbang rasa diatas jalan raya. Hal ini kerana, jalan raya adalah milik semua orang.”

Menurutnya lagi, pasukan penguatkuasa bukanlah musuh di atas jalan raya, tetapi mereka menjalankan tugas penguatkuasaan untuk memastikan segala peraturan diikuti.

Dalam program tersebut, seramai 1771 orang golongan B40 dan belia telah lulus dan menerima lesen B2. Program MyLesen ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemanpuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2, disamping meningkatan keselamatan jalan raya dan menggalak serta memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah disisi undang-undang dan seterusnya melahirkan penunggang motosikal yang kompetan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Mohammad Duri, ADUN Kalaka, YB Friday Belik, ADUN Krian, Tuan Aedy Fadly Ramli, Ketua Pengarah JPJ, Tuan Norizan Jili, Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Dino Amit, Pegawai Daerah Saratok, ketua jabatan, Ketua Kaum dan Masyarakat, peserta MyLesen dan orang ramai.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok