Diperdaya kenalan Instagram, wanita rugi RM190,000

JOHOR BAHRU – Seorang petugas sebuah sekolah antarabangsa kerugian RM190,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang digital tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Suhaimi Ishak berkata, mangsa yang merupakan wanita berusia 50 tahun membuat laporan berkaitan kejadian semalam selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata, wanita berkenaan menyatakan mengetahui tentang skim itu setelah diperkenalkan oleh seorang lelaki tempatan dikenali menerusi laman sosial Instagram, yang menunjukkan cara melabur serta menerangkan graf keuntungan tinggi akan diperolehnya jika menyertai skim itu.

“Tertarik dengan tawaran suspek yang kononnya mangsa mampu hidup mewah hasil daripada pelaburan itu, mangsa telah memuat naik aplikasi pelaburan itu.

“Sepanjang tempoh antara 10 Jun hingga 16 Julai, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran melalui aplikasi ‘Luno Malaysia’ membabitkan keseluruhan wang berjumlah RM190,000 untuk pembelian mata wang digital, seterusnya memindahkannya ke satu akaun lain menerusi aplikasi sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, wanita itu dapat melihat graf pelaburan yang menjana keuntungan tinggi, namun wang keuntungan berkenaan tidak dapat dikeluarkan dan dia perlu membuat bayaran tambahan sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan itu.

“Mangsa yang syak dirinya ditipu bertindak membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar