Tiga penguat kuasa direman kes ‘pasport terbang’

KOTA KINABALU – Tiga anggota penguat kuasa di sebuah jabatan yang disyaki terlibat dengan sindiket ‘pasport terbang’ direman selama enam hari untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman bermula Jumaat itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di Mahkamah Masjitret, di sini pada Khamis.

Permohonan reman itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan pembaharuan pasport yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun 2023.

Salah seorang suspek lelaki berusia 41 tahun diwakili peguam, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Nur Syazwani Razlee manakala pendakwaan bagi ketiga-tiga suspek dikendalikan Pegawai Pendakwa, Norsham Saharom.

Sebelum itu, media melaporkan SPRM Sabah berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘pasport terbang’ dengan penahanan tiga anggota penguat kuasa di sebuah jabatan menerusi Op Fly yang dilaksanakan baru-baru ini.

Kesemua suspek lelaki berusia 40-an hingga 50-an ditahan kira-kira jam 2 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Suspek disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada sindiket pemalsuan pembaharuan pasport dengan memalsukan tandatangan penerima serta memanipulasi sistem cap jari pemohon di mana peraturan menetapkan pemohon perlu hadir sendiri di agensi untuk mengambil pasport yang telah diluluskan.

Anggota penguat kuasa yang terlibat kemudian menyerahkan pasport kepada orang tengah tanpa kehadiran pemohon yang masih berada di luar negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu