Dua parah, seorang cedera ambulans terbabas

TAIPING – Dua lelaki parah manakala seorang wanita cedera selepas ambulans yang dinaiki mereka terbabas dalam parit dekat Plaza Tol Kamunting, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 pagi.

Katanya, susulan itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting seramai lapan orang dikejarkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah ambulans yang dinaiki empat orang terbabas dalam parit.

“Seorang mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam dan tiga orang mangsa dikeluarkan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.20 pagi,” katanya

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar