2,000 peserta dari dalam, luar negara dijangka hadir SIBEC 2024

KOTA KINABALU – Sabah International Blue Economy Conference 2024 (SIBEC 2024) dijangka dihadiri 2,000 peserta dari dalam dan luar negara yang diadakan pada 19 hingga 20 Oktober depan.

Menurut kenyataan media Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri, Majlis Perasmian SIBEC 2024 akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober nanti.

Antara pengisian SIBEC 2024 adalah investor insight, sidang plenary, forum interaktif dan sesi khas ambassador talks dengan melibatkan Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing.

Ia bertujuan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kejayaan berasaskan ekonomi biru di negara masing-masing.

Seramai 29 speaker dan panel forum dari dalam dan luar negara yang terdiri dari pemain industri, pengamal ekonomi biru, ahli akademik terlibat semasa SIBEC 2024.

Semasa SIBEC 2024 turut diadakan pavilion yang mempamerkan inisiatif, teknologi terkini, inovasi setiap sektor atau komponen Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara.

Related Posts

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi pembangunan Pulau Banggi yang melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan asas untuk penduduk tempatan. Menurut Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pulau Banggi, Kudat menjadi contoh kawasan terpencil yang tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan negara termasuk dalam bidang pendidikan dan transformasi digital.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar