
SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis 1967 berkaitan pembolosan.
Bahagian Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Sandakan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan individu pertama dikenali sebagai Asmi Anak Belong, yang beralamat di Rumah Junis, Jalan Stok, 96100 Sarikei, Sarawak, dikehendaki bagi membantu siasatan kes bernombor Sandakan/019289/24.
Seorang lagi individu yang turut dikesan ialah Terry Oswald Lim Kuo Wei, beralamat di Kampung (kg) Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, yang dikehendaki bersabit kes bernombor Sandakan/019864/25.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 86(1) Akta Polis 1967.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Sandakan di talian 089-212222 atau hotline 089-242222, selain menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat atau mana-mana balai polis berhampiran.





