2 cedera ringan, pacuan empat roda terbabas masuk lubang pembentung

SANDAKAN – Seorang pemandu pacuan empat roda lelaki warga tempatan bersama seorang penumpang mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam lubang pembentung di Jalan Sim Sim.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, dalam kejadian 4.30 petang itu, kenderaan dipandu lelaki berumur 24 tahun dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang konkrit serta penghadang plastik di bahagian kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan penumpang mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas.

Sehubungan itu, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan