
PENAMPANG – Seramai 179 mangsa banjir ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini yang diaktifkan sejak Khamis.
Sektetariat Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Penampang dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS yang dibuka pukul 7.30 malam ialah Kompleks Sukan Penampang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul Kolopis dan Dewan Serbaguna Kampung Tuavon.
“55 mangsa berada di Kompleks Sukan, 88 di SMK Datuk Peter Mojuntin, sembilan di SK St Paul Kolopis dan 27 di Dewan Serbaguns Kg Tuavon.
“Jumlah itu membabitkan 78 lelaki, 71 perempuan, 11 kanak-kanak lelaki, 9 kanak-kanak perempuan, masing-masing seorang bayi lelaki dan bayi perempuan serta lapan OKU perempuan,” kata kenyataan itu, pada Jumaat.

Pada Khamis, Pengerusi JPBD Noemi Dyena John Tren dalam kenyataan memaklumkan Penampang diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir.