1,742 bubu naga dilupuskan: Maritim Malaysia perangi perikanan haram demi kelestarian laut

KERIAN – Dalam usaha tegas mengekang kegiatan perikanan haram yang menggugat ekosistem laut negara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melupuskan sebanyak 1,742 unit bubu naga bernilai RM176,640 yang digunakan secara haram di sepanjang 123 kilometer perairan Kerian dan Larut Matang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, pelupusan itu merupakan hasil daripada Op Sayong, iaitu operasi penguatkuasaan intensif yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

“Bubu naga seperti yang diketahui umum adalah alat menangkap ikan yang bersifat destruktif, tidak lestari, dan diwartakan sebagai peralatan terlarang di perairan negara,” tegas beliau dalam sidang media khas di Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, penggunaan bubu naga bukan sahaja memberi kesan buruk kepada habitat laut, malah mengancam populasi ikan yang menjadi sumber pendapatan utama nelayan tempatan.

“Tindakan melupuskan ribuan bubu ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan dan Maritim Malaysia dalam memelihara khazanah laut negara,” katanya lagi.

Pelupusan kali ini mencatat peningkatan berbanding 1,500 unit pada tahun sebelumnya, membuktikan kegiatan ini masih aktif dan memerlukan tindakan lebih agresif dan berterusan.

Berdasarkan risikan dan operasi yang dijalankan, kawasan panas bagi aktiviti ini dikenal pasti sekitar Kuala Kurau, Kuala Gula, Kalumpang dan Bagan Panchor.

Kebanyakan bubu naga dipasang berhampiran pantai sehingga jarak lapan batu nautika, dan digunakan secara haram kerana memberikan pulangan hasil tinggi berbanding kaedah sah.

“Nelayan haram biasanya memasang bubu ini secara senyap antara malam hingga awal pagi bagi mengelak dikesan, menggunakan sistem penandaan lokasi seperti bendera, GPS dan kini penanda elektronik,” jelas Mohd Hairil.

Beliau turut mendedahkan, satu jalur penandaan boleh mengandungi antara 30 hingga 50 unit bubu, menjadikan operasi mengesan dan menariknya secara manual sebagai tugas berat yang menuntut ketahanan fizikal tinggi.

Dalam operasi berkenaan, dua warga asing turut ditahan dan kini diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut perundangan negara.

“Kita akan teruskan penguatkuasaan ini tanpa kompromi. Laut kita warisan bangsa, dan kita tidak akan biarkan ia diceroboh sesuka hati,” tegas beliau.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta