KALABAKAN – Seramai 17 mangsa dari tiga keluarga yang terjejas banjir di Kampung (Kg) Iban Merotai dipindah ke kawasan selamat, petang Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, pemindahan kesemua mangsa menggunakan bot penduduk kampung.
“Mangsa terlibat membabitkan 12 lelaki, dua wanita, dua Kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan,” kata kenyataan itu, pada Sabtu.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Mohamad Jailani Chachu ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press berkata, kesemua mangsa telah kembali ke rumah masing-masing.
“Kesemua penghuni di setiap Kg yang terjejas kembali ke rumah masing-masing sebaik air surut kira-kira pukul 3 petang.
“Kg Iban, Kg Jagung, Kg Durian, Kg Langsat, Kg Pangkalan Asli memang kawasan kerap berlaku banjir kerana kawasan ini berhampiran sungai” katanya.






