14 kementerian gagal capai sasaran laksana projek fizikal

PUTRAJAYA – Sejumlah 14 kementerian dikenal pasti tidak berjaya mencapai sasaran dalam pelaksanaan pembangunan projek fizikal yang diperuntukkan pada tahun lalu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, status perbelanjaan pembangunan projek di bawah kementerian itu mencatat 87.91 peratus iaitu berada di bawah purata nasional dan memerlukan perhatian serius.

“… 14 Ketua Setiausaha Kementerian ini akan saya panggil, dan keputusan ini akan menjejaskan penilaian prestasi mereka melalui DEEP.

“Projek-projek rakyat seperti pembaikan jalan, pembinaan sekolah, klinik dan hospital telah dilaksanakan, tetapi perlaksanaannya lambat, sebab itu hanya 87 peratus sahaja dicapai.

“Sebab peruntukan ini kita beri tapi tidak digunakan sepenuhnya, jadi ia rugi. Sepatutnya dana ini boleh dimanfaatkan untuk projek lain,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Amanat Ketua Setiausaha Negara 2026 di Putrajaya, hari ini.

Dalam amanat itu, Shamsul Azri berkata, sehingga 22 Disember 2025, sebanyak 9,578 projek pembangunan dilaksanakan dengan peruntukan RM83.06 bilion, manakala prestasi perbelanjaan merekodkan RM81.67 bilion.

Ia menyaksikan purata nasional prestasi perbelanjaan bagi projek pembangunan ialah 98.33 peratus.

DEEP atau Sistem Penilaian Prestasi Demerit diperkenalkan bagi menilai prestasi penjawat awam, dengan demerit dikenakan jika objektif ditetapkan gagal dicapai.

Related Posts

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

TANGKAK – Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan tegas di pentas antarabangsa apabila menyatakan kesediaan untuk menerajui pelaksanaan Protokol Sumud, satu inisiatif global yang bertujuan menyelaras bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

CYBERJAYA – Terdapat keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa selain kerangka lebih menyeluruh termasuk akta khusus diwujudkan bagi menangani cabaran sektor berkenaan yang semakin kompleks. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan