139 masih terkandas jerat tawaran penipuan kerja di luar negara

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan seramai 139 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara masih terkandas terutama di Myanmar, Kemboja dan Laos setakat 4 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka antara 672 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan yang dilaporkan sejak 2021 hingga 4 Julai lalu dan daripada jumlah itu 533 orang atau 79 peratus termasuk 102 wanita berjaya diselamatkan.

Menurutnya, mangsa diselamatkan yang berasal dari Johor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 113 orang atau 21.2 peratus, diikuti Selangor 112 orang (21 peratus) dan Sarawak 92 (17 peratus) dengan Perlis tidak mencatat sebarang laporan mangsa.

“Seramai 517 atau 97 mangsa berusia lebih 18 tahun, manakala bakinya adalah mangsa bawah umur membabitkan sembilan kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara yang memperdaya warganegara Malaysia khususnya membabitkan belia,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh usaha bersepadu bagi menyelamatkan mangsa, menumpaskan sindiket serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah ini.

“Statistik mengikut pecahan kaum berdasarkan jumlah mangsa secara keseluruhan (672 orang mangsa) merekodkan majoriti mangsa terdiri daripada kaum Cina seramai 531 orang (79 peratus), diikuti Melayu 86 orang (12 peratus), Iban 32 orang (lima peratus), India 18 orang (tiga peratus, serta kaum lain (satu peratus) termasuk Singh, Kadazan dan Serani,” katanya.

“KDN komited untuk terus memperkukuh kerjasama antara agensi, memperluas operasi penyelamatan dan mempertingkat kesedaran awam agar rakyat Malaysia dilindungi daripada menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

“Segala maklumat, aduan dan kerjasama daripada orang awam, NGO, komuniti diplomatik dan agensi swasta adalah amat dialu-alukan dalam usaha menoktahkan segera sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara ini,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16