13 cedera, bas persiaran langgar belakang treler di Lebuhraya PLUS

KUALA KANGSAR – Sebuah bas persiaran yang membawa sekumpulan pelancong warga Jepun, melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, pada Khamis hingga mengakibatkan 13 individu cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, insiden terbabit menyebabkan bahagian hadapan bas itu remuk namun kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan.

Ujarnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 1.52 petang. Seramai 14 anggota dan pegawai melibatkan tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Kemunting dan Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang melanggar bahagian belakang treler sehingga menyebabkan bahagian hadapan bas itu remuk.

“Seramai 13 orang membabitkan dua warga tempatan iaitu pemandu bas dan pemandu pelancong serta 11 pelancong warga Jepun turut cedera dalam kemalangan itu.

“Bagaimanapun, ketika operasi dijalankan pihak Bomba mendapati tiada mangsa yang ditemukan dalam keadaan tersepit,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam Khamis.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan anggota melaksanakan kerja-kerja menyelamat dengan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas serta diberi rawatan awal.

“Tiga mangsa warga Jepun dan seorang lelaki tempatan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Taiping.

“Manakala selebihnya dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya yang turut memaklumkan operasi tamat sepenuhnya jam 3.53 petang.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas