1,000 guru ikuti kursus ACCA di International School of Kuantan

KUANTAN – Seramai 1,000 guru menjadi perintis program Association of Chatered Certified Accountants (ACCA) melalui insisatif daripada institusi pendidikan perakaunan terkemuka, Tymba Education Group (Tymba) dan juga ACCA.

Ketua Pegawai Eksekutif Tymba, Airil Razali berkata, menerusi program yang bermula bulan ini itu, guru-guru terbabit akan menerima Diploma in Finance Management and Accounting yang dianugerahkan oleh ACCA.

“Program ini sudah bermula melibatkan kumpulan guru di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor dan kita jangkakan 1,000 guru ini akan menamatkan pengajian September ini.

“Ini kali pertama di dunia dan sebab Malaysia ini negara ketiga paling ramai ACCA sebenarnya di dunia, yang pertama China, kedua Pakistan dan kita ketiga paling ramai.

“Sebab itu kita cadangkan kepada ACCA global kita buat pilot projek melalui Malaysia, jadi kalau Malaysia berjaya dia akan jadi seluruh Asia,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Hari Terbuka Sekolah Antarabangsa Kuantan (ISK) di sini hari ini.

Airil berkata, pelaksanaan program melibatkan guru subjek Prinsip Akaun, Perniagaan dan Ekonomi itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan peringkat awal melibatkan 30 guru di Pahang.

Katanya, melalui program inisiatif Tymba dan ACCA itu akan membolehkannya mendapat tajaan penuh dan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata, program itu selaras pelan tindakan yang dibuat Kerajaan MADANI di bawah Kementerian Pendidikan yang baru dilancarkan sebelum ini bertujuan menggalakkan kerjasama antara industri dan pihak kerajaan.

Jelasnya, apabila selesai program ini guru-guru berkenaan akan berada di bawah ekosistem pendidikan ACCA dan berpeluang dalam meneruskan pengajaran dan pembelajaran berterusan.

“Kalau cikgu-cikgu perlukan apa-apa dari segi industri, jaringan itu sudah ada rapat kerja dengan cikgu sebab dia akan jadi duta antara industri dengan pelajar,” ujarnya.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori