
MIRI – Seramai 100 anak nelayan di Miri menerima bantuan peralatan persekolahan hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan Petronas menerusi Program MADANI Anak Nelayan Kembali ke Sekolah (LKIM-Petronas).
Sumbangan daripada Petronas bernilai RM8,600.00, manakala Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (PENESA) dan Persatuan Nelayan Kawasan Miri turut menyumbang masing-masing RM5,000 dan RM2,000, menjadikan jumlah bantuan keseluruhan sebanyak RM13,600.00.
Program ini bertujuan meringankan beban keluarga nelayan menjelang sesi persekolahan baharu serta memastikan anak-anak nelayan mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk memulakan tahun persekolahan.
Sementara itu, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membela kebajikan keluarga nelayan, manakala Petronas menegaskan kesediaan mereka untuk terus menyokong komuniti setempat melalui program pembangunan sosial.

Para penerima dan ibu bapa menyambut baik bantuan ini kerana ia bukan sahaja meringankan persiapan persekolahan tetapi juga memberi semangat kepada anak-anak untuk terus cemerlang dalam pendidikan.
Malahan, kesemua bantuan yang diterima oleh anak-anak nelayan seramai 100 orang ini menunjukkan bahawa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sentiasa memastikan nasib dan masa depan nelayan dan anak-anak terbela.
Usaha ini turut membolehkan anak-anak nelayan merasai kehidupan yang lebih selesa di masa hadapan.






