10 keluarga berdepan masalah kesihatan dapat perhatian

KUANTAN – Biro Kesihatan UMNO Pekan meneruskan misi khidmat masyarakat dengan mengadakan program ziarah prihatin ke Kampung Kelat Rendang, bagi menyantuni 10 kediaman penduduk yang menghidap penyakit kronik.

Rombongan diketuai Pengerusi Biro itu, Dr Boi Saidi Abd Razak dan turut disertai pemimpin setempat.

Dr Boi Saidi berkata, kunjungan itu adalah sebahagian usaha biro berkenaan dalam menyantuni penduduk yang berdepan kesulitan.

“Pasukan Biro Kesihatan memberikan nasihat berkaitan pemakanan sihat, selain mengingatkan para pesakit supaya mengambil ubat secara teratur bagi mengawal tahap kesihatan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, dia berkata, program turun padang seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan kesejahteraan komuniti, khususnya golongan pesakit kronik di kawasan luar bandar, diberi perhatian sewajarnya.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

KUANTAN – Sesi taklimat kemajuan Pelan Tindakan Khas Bandar Baharu Paya Besar memberi peluang kepada pemimpin setempat mengetahui perkembangan projek di kawasan itu. Dengan menumpukan kepada perkembangan projek Laluan Rel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan