
1) Gunung Gambier yang terletak di Selatan Autralia terkenal dengan kawah gunung berapi, gua dan lubang benam malah, turut mendapat julukan nama sebagai ‘bandar kawah’. Lubang benam batu kapur Umpherston ini dilaporkan berlaku pada tahun 1886.

2) Lubang benam yang berlaku di daerah Sea Cliff di San Francisco pada Disember 1995 telah menelan dua buah rumah dan memaksa sembilan rumah lain sebagai langkah keselamatan pihak berkuasa. Lubang berukuran kira-kira 200 kaki kali 150 kaki itu dilaporkan berpunca daripada pembentungan paip pembentung yang pecah.

3) Sebuah kereta didapati terhampar di dalam sebuah lubang besar di John Muir Drive di San Francisco, selepas berlakunya kejadian lubang mendap akibat paip pembentungan yang pecah.

4) Pihak berkuasa tempatan di sebuah bandar di Rusia terpaksa memantau aktiviti lubang mendap yang dilaporkan kian membesar. Berezniki merupakan sebuah bandar di Rusia yang menempatkan beberapa lombong kalium, magnesium dan potash. Ketika ini, lubang benam tersebut dilaporkan berkeluasan 80 meter panjang, 40 meter lebar dan lebih 200 meter dalam.

5) Sebuah lubang benam berlaku di kawasan perumahan di ibu kota Guatemala pada tahun 2007. Media melaporkan sekurang-kurangnya 12 rumah ranap dalam kejadian tersebut manakala tiga orang dilaporkan maut.

6) Kejadian lubang benam yang besar telah menenggelamkan peralatan serta kenderaan minyak di kawasan tenggara Texas, pada tahun 2008.

7) Sebuah kereta didapati terdampar di dasar lubang benam yang disebabkan oleh banjir yang dicetuskan oleh ribut kuat di tenggara Wisconsin pada tahun 2010.

8) Tiga tahun selepas kejadian lubang mendap pertama di Guatemala City, hujan ribut tropika Agatha, bersama letusan gunung berapi serta kebocoran daripada paip pembetung mencetus lubang benam gergasi di bandar itu pada Mei 2010.

9) Sekumpulan pekerja menggunakan jentera untuk mengisi lubang benam di mana bangunan runtuh berhampiran tapak pembinaan kereta bawah tanah di bandar Guangzhou, China pada tahun 2013. Lubang itu berukuran kira-kira 1,000 kaki persegi dengan kedalaman sekitar 30 kaki.

10) Lubang benam yang besar telah berlaku di persimpangan berhampiran stesen Hakata di bandar Jepun pada 8 November 2016.






