Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

PERSEKUTUAN Antarabangsa Wartawan (IFJ) dan Kesatuan Wartawan Nasional Perancis (SNJ) memaklumkan bahawa mereka telah memfailkan aduan berhubung sekatan kebebasan media serta dakwaan jenayah perang di wilayah Palestin.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua organisasi itu berkata aduan tersebut difailkan kepada Pendakwa Anti-Keganasan Negara di Paris pada 26 November terhadap pihak tidak dikenali, berdasarkan pelbagai testimoni wartawan Perancis yang dikumpulkan secara sulit.

“Kebebasan untuk melapor dan mendapatkan maklumat – prinsip dasar demokrasi – mesti dipulihkan di Gaza dan Tebing Barat,” menurut kenyataan itu, sambil menegaskan keperluan tindakan segera serta peranan sistem keadilan Perancis, lapor Anadolu.

Mereka menjelaskan bahawa penutupan akses media ke Gaza, satu penyekatan maklumat yang dianggap “tidak pernah berlaku sebelum ini,” serta “penindasan keras” terhadap wartawan Palestin – selain 225 pembunuhan yang disahkan IFJ – menjadi inti utama aduan berkenaan.

Organisasi itu juga merujuk kepada gambaran situasi harian wartawan Perancis di lapangan, yang berdepan pelbagai halangan termasuk dinafikan akses, ugutan, rampasan peralatan, serangan fizikal, penahanan sewenang-wenangnya dan kadangkala diburu kumpulan bersenjata.

Walaupun aduan itu tidak menamakan mana-mana individu, mereka menegaskan bahawa tindakan menghalang tugas media dilakukan oleh anggota tentera dan polis, pihak kastam, pentadbiran serta individu awam termasuk peneroka di wilayah Palestin yang diduduki.

“Risiko dibunuh adalah nyata, kadangkala boleh dirasai, lebih-lebih lagi apabila dikejar 30 peneroka bersenjata. Pelanggaran hak asas wartawan ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan,” kata Setiausaha Agung SNJ, Vanessa Ripoche dan Julien Fleury.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa semua pelanggaran berlaku di wilayah yang diduduki, sesuatu yang “menghalang Israel daripada mendakwa imuniti negara” dan “membolehkan mahkamah Perancis mengambil tindakan,” kerana ia melibatkan warganegara Perancis serta menjejaskan kebebasan asas mereka.

“Inilah kali pertama tindakan undang-undang seumpama ini – berasaskan halangan sistematik terhadap kerja wartawan dan jenayah perang yang menyasarkan petugas media – dibawa ke mahkamah negara bagi melindungi wartawan Perancis di zon konflik,” kata peguam IFJ dan SNJ, Ines Davau dan Louise El Yafi.

Related Posts

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, mempersoalkan tindakan Pas yang didakwanya lantang mengulas video membabitkan ahli perniagaan, Albert Tei, namun memilih untuk berdiam diri berhubung isu video lama yang pernah dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

TIGA menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, sekali gus menyambung perkhidmatan mereka dalam pentadbiran kerajaan. Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

  • By Fatin
  • December 3, 2025
Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

  • By Siti
  • December 3, 2025
Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle