Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEPANG – Gara-gara memuat naik kandungan bersifat palsu berkenaan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268, seorang warga emas terpaksa menjalani hukuman penjara selama enam bulan setelah gagal membayar denda sebanyak RM30,000.

Tertuduh, Johari Ismail, 67, ditahan lewat malam Isnin sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 8 Februari 2025 menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.

Menurutnya, Hakim Mahkamah Sesyen Sepang menjatuhkan hukuman tersebut di bawah pertuduhan seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Dia akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula hari ini,” katanya.

Terdahulu, tertuduh ditahan selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek dibuat di Kuala Lumpur pada pukul 11:00 malam, Isnin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.

“Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025.

“Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” ujarnya.

Related Posts

BKK 2025: Penjawat awam dan veteran dihargai, lonjak kuasa membeli

PUTRAJAYA –  Penjawat awam serta golongan veteran yang menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2025 yang disalurkan mulai hari ini menyifatkan pengorbanan dan dedikasi mereka dihargai, yang merupakan tulang belakang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beras putih tempatan kembali dijual bulan depan

PUTRAJAYA- Orang ramai boleh mula mendapatkan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) bermula 1 Mac ini. Bekalan beras itu akan berada di pasaran sedia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lawatan PM buah hasil berganda demi kesejahteraan Malaysia Madani

Lawatan PM buah hasil berganda demi kesejahteraan Malaysia Madani

Kerosakan Jalan Tiku dapat perhatian Timbalan Menteri KPK

  • By Fatin
  • February 25, 2025
Kerosakan Jalan Tiku dapat perhatian Timbalan Menteri KPK

Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

  • By Mai S
  • February 25, 2025
Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

JHEANS perkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri

JHEANS perkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri

BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

Sultan Pahang sah hadir program Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat

Sultan Pahang sah hadir program Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat