UMANY disiasat, PDRM terima 4 laporan berkait kenyataan isu mansuh matrikulasi

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menggesa pemansuhan program pengajian matrikulasi di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk M Kumar berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden UMANY, Tang Yi Ze.

Menurutnya, kenyataan itu didapati berpotensi mewujudkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat serta kegentaran awam.

“Setakat ini empat laporan polis dibuat oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan UMANY.

“Satu laporan polis itu diterima pada 12 September lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh UMANY melalui presidennya, Tang Yi Ze, yang disiarkan oleh sebuah portal berita atas talian tempatan,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, M Kumar menegaskan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Seksyen 505(b) memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dengan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan PDRM tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhemah dan bertanggungjawab ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di ruang awam mahupun di media sosial,” katanya.

Sebelum ini, UMANY menerusi presidennya, Tang Yi Ze menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang menuntut program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.

Memorandum tersebut dikemukakan susulan laporan media mengenai Edward Wong, lepasan STPM yang memperoleh CGPA 4.0 serta bercita-cita menjadi akauntan, namun ditolak enam universiti.

Dalam pada itu, UMANY menjelaskan cadangan peperiksaan bersepadu tetap akan mengambil kira keperluan golongan kurang bernasib baik bagi memastikan nilai keadilan sosial dizahirkan dalam proses kemasukan.

Pihaknya yakin apabila peperiksaan bersepadu dilaksanakan, kerajaan boleh menetapkan kuota khusus untuk membantu golongan yang memerlukan agar mereka diberi keutamaan.

Bagaimanapun UMANY kemudiannya memohon maaf serta tampil memberi penjelasan berhubung cadangan berkenaan selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik, persatuan mahasiswa dan pihak institusi pengajian tinggi.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak