Tindakan Hamzah desak PM letak jawatan tidak kena pada masa

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung gesaannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan, dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar dan dikeluarkan pada waktu yang salah.

Beliau berkata, tindakan Ketua Pembangkang itu tidak mencerminkan tanggungjawab seorang pemimpin negara kerana dibuat ketika kerajaan sedang berusaha membebaskan 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Zionis Israel selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

“Sepatutnya Datuk Seri Hamzah berdiri bersama kerajaan dan menyatakan sokongan terhadap usaha Perdana Menteri membebaskan rakyat Malaysia yang kini berada dalam tahanan Israel.

“Prinsipnya mudah, apabila kita berdepan dengan musuh dari luar negara, semua pihak dalam Malaysia, baik kerajaan mahupun pembangkang, mesti bersatu. Dalam hal 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel ini, nyawa mereka perlu diselamatkan, itu tanggungjawab kerajaan,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasminya hari ini.

Gesaan Hamzah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan dilaporkan dibuat pada satu perhimpunan anjuran parti pembangkang di ibu negara pada Sabtu.

Beliau mengaitkan desakan itu dengan dua isu besar iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dan cadangan kunjungan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia.

Hassan berkata, kenyataan itu dibuat dalam keadaan yang tidak wajar kerana ketika itu 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF masih ditahan oleh rejim Zionis di penjara Israel.

“Dalam situasi genting yang melibatkan keselamatan rakyat Malaysia, Perdana Menteri telah menunjukkan kepimpinan dan kebijaksanaan dengan memastikan semua aktivis yang ditahan dibebaskan serta pulang ke tanah air dengan selamat,” tegasnya.

Menurut Hassan, setelah semua rakyat Malaysia yang menyertai misi itu selamat tiba di tanah air, Ketua Pembangkang bebas untuk menzahirkan pandangan atau kritikan terhadap kerajaan mengenai isu lain, termasuk kedatangan Trump atau penggubalan RUU PSB.

“Namun satu perkara yang Ketua Pembangkang perlu akur ialah dalam keadaan cemas dan berisiko tinggi ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lulus dalam ujian kepimpinan.

“Amat tinggi budi pekerti jika Ketua Pembangkang Malaysia sanggup mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia yang berjaya membebaskan 23 rakyat kita daripada penjara rejim Zionis Israel,” katanya.

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

KOTA BELUD – Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan bahawa komuniti pulau akan terus menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 tanpa terikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000