Tekankan prinsip sahkan maklumat sebelum sebar – Fahmi

SANDAKAN – Masyarakat, khususnya dalam kalangan Komuniti MADANI, diseru untuk memastikan setiap maklumat yang diterima melalui platform seperti WhatsApp disahkan terlebih dahulu sebelum disebarkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah ini penting untuk menangani penularan berita palsu yang semakin berleluasa, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Katanya, masyarakat perlu mengamalkan prinsip ‘sahkan sebelum sebar’ dengan merujuk saluran rasmi seperti Bernama atau Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berkongsi sebarang maklumat.

“Saya berharap apabila mereka pulang ke kawasan masing-masing, mereka dapat menerapkan konsep ‘sahkan sebelum sebar’.

“Sebelum menyebarkan apa-apa maklumat, pastikan maklumat itu sahih melalui saluran rasmi,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, pada Ahad.

Selain itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang maklumat yang meragukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar tindakan dapat diambil terhadap penyebar berita palsu.

Fahmi turut menekankan bahawa Jabatan Penerangan (JaPen) di bawah kementeriannya telah merancang untuk melaksanakan sesi latihan asas penerangan kepada Komuniti MADANI di seluruh negara, termasuk di Sabah.

Katanya, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara menyampaikan maklumat secara betul, terutamanya dalam penggunaan media sosial.

“Program asas ini akan memberi pendedahan tentang cara menyampaikan maklumat dengan betul, terutama dalam menghadapi cabaran penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa, terutama semasa tempoh pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa individu yang menyebarkan berita palsu atau kandungan berunsur hasutan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan di mahkamah.

Fahmi berkata, Komuniti MADANI juga diharap dapat memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi, selain menjadi saluran utama penyebaran maklumat sahih.

Mengulas tentang soal liputan media semasa PRN, beliau berkata, cabaran utama bukan lagi berkaitan siapa mendapat liputan media, tetapi bagaimana menangani penyebaran maklumat palsu yang sukar dibendung.

“Dengan media sosial, semua orang kini mempunyai akses langsung kepada khalayak mereka, yang menjadi cabaran besar bagi kita.

“Apa yang lebih penting ialah memastikan maklumat itu sahih dan tepat sebelum disebarkan,” ujarnya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James