TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B

SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan industri maritim negara.

Pengarah Urusan TCCS Marine Sdn Bhd, James Ho berkata, penubuhan institut itu mencerminkan komitmen syarikat dalam melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah berdisiplin.

Menurutnya, ia bagi memastikan graduan bersedia memenuhi keperluan industri selaras dengan piawaian Jabatan Laut Malaysia serta standard antarabangsa.

“Pelancaran Pusat Latihan Simulator ini merupakan pelaburan strategik yang membolehkan latihan berasaskan senario sebenar dijalankan bagi meningkatkan kemahiran membuat keputusan dan kesiapsiagaan operasi.

“Setakat ini, sebanyak 23 kursus telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia meliputi Kursus Modular STCW dan Kursus Persediaan,” katanya pada Majlis Konvokesyen dan Pelancaran Simulator TCCS Marine di sini pada Rabu.

James menambah, pihaknya turut merancang memperluas keupayaan latihan termasuk memperkenalkan kursus bagi Gabungan Ketua Jurutera dan Penolong Jurutera melebihi 3000kW.

Sementara itu, seorang graduan, Mohd Amiruddin Rahman, 33, menyifatkan latihan yang diterima sangat komprehensif kerana merangkumi aspek teknikal dan kemahiran insaniah.

“Saya bersyukur dapat menamatkan latihan ini yang banyak membantu persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan sebenar dalam industri maritim,” katanya.

Bagi Azehar Rasidi, 38, pula, program tiga bulan yang diikutinya memberikan pendedahan menyeluruh bagi kelayakan Master dan Chief Mate untuk pelayaran pantai.

“Saya menyasarkan untuk berkhidmat sebagai master kapal selain merancang mengikuti kursus ‘Dynamic Positioning’ (DP) pada masa hadapan bagi meningkatkan peluang kerjaya,” ujarnya.

Related Posts

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

SARATOK – Seorang lelaki tempatan yang memiliki sembilan rekod jenayah lampau ditahan polis dalam operasi di kawasan Kabong pada Selasa. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 27…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi