Tasik Paya Besar ada potensi jadi hab anjur pelbagai acara

KUANTAN – Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kuantan, Taman Tasik Paya Besar dekat sini, memiliki potensi tersendiri dalam menjadi ‘tuan rumah’ kepada pelbagai acara.

Hujung minggu lalu, tasik buatan manusia itu menjadi hos kepada program ‘Pasar Sera X Aokmer Music’ yang menghimpunkan puluhan vendor dan barisan artis tempatan.

Inisiatif menjadikan tasik berkenaan ‘kembali hidup’ adalah hasil cetusan idea Yayasan Pahang, pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, selepas dinaik taraf, kawasan tasik itu menjadi tumpuan utama komuniti sekitar untuk beriadah.

“Boleh dikatakan setiap petang, kawasan tasik ini penuh dengan pengunjung yang berjoging dan brisk walk.

“Kita melihat Tasik Paya Besar sebagai satu lokasi yang berpotensi untuk menjadi daya penarik baharu, terutamanya untuk aktiviti kecergasan dan santai,” katanya.

Kemuncak penganjuran Pasar Sera malam tadi menyaksikan ribuan pengunjung hadir memeriahkan suasana.

Kemunculan artis terkenal seperti Datuk Awie dan Ippo Hafiz menambahkan lagi kehangatan program itu.

Hadir sama pada malam kemuncak itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dan penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria.

Sementara itu, Mustaqim memaklumkan, kejayaan penganjuran ‘Pasar Sera X Aokmer Music’ itu membuktikan tasik berkenaan mampu menjadi hab penganjuran pelbagai acara berkelas nasional.

“Kehadiran ramai pengunjung menunjukkan bahawa kawasan ini memiliki daya tarikan tersendiri dan boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.

“Ia juga membuka ruang kepada perkembangan ekonomi setempat, seperti mana pada penganjuran kali ini, kebanyakan vendor adalah dari kawasan Paya Besar dan Lepar,” katanya.

Mustaqim dalam masa sama merakam penghargaan kepada Mohd Shahar dan Mahmud serta MBK yang memberi sokongan penuh bagi penganjuran program berkenaan.

Katanya, pemilihan Tasik Paya Besar juga memberi nilai tambah kepada kawasan itu, selain membuka peluang kepada lebih banyak program bermanfaat kepada komuniti setempat dianjurkan di kawasan terbabit.

Related Posts

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak menambah baik Skim Keperluan Asas Sarawak (SKAS) menerima pujian masyarakat apabila penerima menyifatkan langkah tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat kekal terpelihara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kaunter khidmat bergerak sedia ruang interaksi lebih bebas

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang meneruskan khidmat kaunter bergerak di lokasi terpilih sekitar kawasan diwakilinya. Melalui perkhidmatan itu, Chun Kuang dapat berinteraksi dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

  • By Siti
  • December 2, 2025
Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar