Takiyuddin perlu cermin diri sebelum tunggang isu undang-undang negara

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam membidas Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu itu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Titah Adendum.

Menurut Lokman, Ahli Parlimen Kota Bharu itu sudah lupa kenyataan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 2021 yang menzahirkan rasa amat dukacita terhadap cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat yang dibentang dan dibahaskan di Parlimen tanpa dapat perkenan Seri Paduka Baginda terlebih dahulu.

“Kamu masih lupa? Nama kamu (Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan) secara khusus disebut di dalam kenyataan media tersebut di mana Seri Paduka Baginda “menzahirkan rasa amat dukacita” kerana cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen tanpa dapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.

“Paling serius, kenyataan media Istana Negara tersebut (yang ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja) menyatakan ‘…Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai (2021) adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat….’ Siapa menteri ketika itu jika bukan kamu wahai Takiyuddin?

“Sebab itu lah saya katakan, cermin diri dulu sebelum kata pada orang lain. Dahlah kamu ada ‘track record’ tidak cantik atau dalam bahasa kasar derhaka, ada hati pula hendak tunggang perkara libatkan undang-undang dan perlembagaan serta pentadbiran negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Isnin, Takiyuddin mendakwa pengakuan Anwar bahawa peguam negara telah menerima Titah Adendum yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan.

Ujar Takiyuddin, pengakuan Perdana Menteri itu juga mampu menimbulkan persoalan besar terhadap kelayakannya untuk kekal sebagai ketua dan pemimpin kerajaan.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, tiada salahnya jika Takiyuddin menjadi seperti resam padi dan belajar dari kesilapan terdahulu.

Katanya, Takiyuddin perlu mengambil iktibar daripada Kerajaan Perpaduan dalam menguruskan isu Titah Adendum yang agak serius ini.

“Contohilah perkara baik dari apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet dalam mengurus dan mengendalikan isu ini. Isu Titah Adendum ini bukannya isu remeh. Isu yang boleh dikatakan sangat sensitif kerana ia melibatkan dua pemerintah iaitu YDP Agong terkini, Sultan Ibrahim dan sebelumnya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Institusi Raja-Raja Melayu.

“Sebab itulah, amat penting bagi Perdana Menteri memastikan proses perlembagaan dipatuhi tanpa adanya campur tangan mana-mana pihak. Keputusan untuk bersuara perlu diurus secara bijaksana agar martabat institusi diraja dapat dijaga dengan baik dan tidak tercemar dengan propaganda politik dalam sistem politik negara.

“Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh. Isu Titah Adendum ini jelas melibatkan kuasa mentafsir Peguam Negara,” katanya.

Tambah Lokman, jika ada pihak yang masih mempertikaikan tindakan Peguam Negara menggunakan kuasa menafsir biarlah ianya diputuskan oleh badan kehakiman negara, bukan oleh Takiyuddin.

“Jika ada pihak yang mempertikai cara Peguam Negara menggunakan kuasa mentafsir ini, biarkanlah pertikaian ini diputuskan secara perundangan oleh pihak pengadilan melalui kuasa mentafsir oleh badan kehakiman negara, bukannya oleh Takiyuddin; dan

“Kepada Takiyuddin, satu pertanyaan. Adakah Minit Mesyuarat Pas-Bersatu untuk jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak itu wujud atau ianya sekadar ‘hearsay’? Mohon jelaskan,” ujarnya.

Pada Sabtu (11 Jan), Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menyembunyikan Titah Adendum yang dikatakan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Anwar berkata, beliau sebelum ini enggan mengulas dan membahaskan berhubung titah tambahan berkenaan kerana ia di bawah bidang kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang tidak membolehkannya mengatasi institusi diraja.

Pada Isnin (13 Jan) media melaporkan pihak kerajaan akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan perintah ‘gag order’ bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang ditemui di lobi mahkamah memberitahu media pihaknya akan memfailkan perkara itu 20 Januari depan.

Ditanya alasan permohonan itu, Shamsul berkata, ia adalah untuk melindungi Institusi Diraja kerana perkara itu menyentuh isu sensitif iaitu kaum, agama dan raja (3R).

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James