SPRM reman dua penguat kuasa lima hari kerana terima rasuah RM1,500

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan memiliki dadah.

Perintah reman selama lima hari sehingga 20 Mac terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an ditahan antara 4.30 hingga 5.30 petang kelmarin, ketika hadir bagi dirakam keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

“Kedua-dua suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM1,500 daripada seorang lelaki.

“Wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit atas kesalahan memiliki dadah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM .

Related Posts

Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

SANDAKAN – Fenomena puting beliung menyebabkan kerosakan tiga buah rumah atas air di Kampung Sim-Sim, di sini, pada Isnin. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, rumah di Lot 87, Lot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

KOTA KINABALU – Selepas lebih 40 tahun menunggu, penduduk enam kampung di kawasan Pintasan Kota Marudu akhirnya menarik nafas lega apabila isu geran tanah yang sekian lama membelenggu hampir selesai.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

  • By Fandi
  • March 17, 2025
Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

  • By Ynom
  • March 17, 2025
Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza