Sarawak perkukuh industri pelancongan Asia Timur Laut menerusi SITF 2025

SEOUL – Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama di Asia Timur Laut menerusi penyertaan aktif dalam Pameran Pelancongan Antarabangsa Seoul (SITF) 2025 dan penganjuran sesi jangkauan perdagangan sulung di Busan, Korea Selatan.

Sarawak Tourism Board (STB) dalam kenyataan memaklumkan, penglibatan ini merupakan sebahagian strategi serantau untuk menembusi pasaran Korea Selatan dan Jepun menjelang penyertaan dalam Expo Dunia 2025 di Osaka, Kansai.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor berkata, pendekatan berfasa ini bertujuan membina jaringan pasaran mampan yang mampu menyokong pertumbuhan jangka panjang sektor pelancongan Sarawak.

“Kami sedang membina kelompok pasaran yang mengukuhkan identiti Sarawak di peringkat antarabangsa, bukan sahaja di Seoul tetapi juga di Osaka serta rantau-rantau lain,” katanya.

SITF 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 8 Jun di COEX Convention Center, Seoul menandakan penyertaan ketiga berturut-turut Sarawak dalam pameran pelancongan terbesar di Korea Selatan.

Sarawak turut meraikan ulang tahun ke-40 pameran itu dengan mengetengahkan persembahan budaya dan pengalaman interaktif berasaskan konsep Budaya, Pengembaraan, Alam Semula Jadi, Makanan dan Festival (CANFF).

Menurut STB, ketibaan pelancong dari Korea ke Sarawak mencatat peningkatan ketara sebanyak 20 peratus pada tahun 2024 dengan jumlah seramai 12,972 orang, berbanding 2019 sebelum pandemik COVID-19.

Buat julung kalinya, STB turut menganjurkan sesi jangkauan perdagangan di Busan dari 9 hingga 10 Jun bagi membolehkan pemain industri pelancongan Sarawak mempromosikan pakej pelancongan baharu kepada pasaran Korea.

Antara penggiat industri tempatan yang terlibat ialah Innosar Holiday, Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotels serta Persatuan Pelancongan Golf Sarawak.

STB turut memperluaskan capaian promosi dengan memanfaatkan media sosial berbahasa Korea dan bekerjasama dengan pempengaruh digital tempatan untuk menyampaikan kandungan secara maya.

Pavilion Sarawak di SITF berjaya menarik ribuan pengunjung sepanjang empat hari pameran menerusi persembahan tarian tradisional, paparan interaktif dan kandungan siaran langsung dari reruai.

Selain Korea Selatan, STB kini giat membuat persiapan menjelang penyertaan dalam Expo Dunia 2025 di Osaka, Kansai, selaras dengan penjenamaan nasional Malaysia dan usaha mempromosi kekayaan gastronomi Sarawak.

Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada pendekatan kluster ASEAN–Asia Timur Laut yang menghubungkan Sarawak dengan pelbagai pasaran utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Posts

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api