Polis nafi kes penculikan berlaku di Kajang

PUTRAJAYA – Polis menafikan video tular memaparkan seorang wanita didakwa diculik dua lelaki di hadapan pintu masuk sebuah kondominium di Jalan Zamrud Utama, Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah mengesan video tular di TikTok milik ‘belladahiadelisha’ memaparkan kononnya berlaku penculikan.

“Hasil semakan mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan kejadian itu dan polis menolak dakwaan yang tular di media sosial bahawa ia kejadian penculikan.

“Maklumat juga mendapati ada saksi yang melihat kejadian ini mendakwa mendengar salah seorang dari pasangan tersebut mengatakan supaya orang ramai tidak mencampuri urusan mereka suami isteri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Naazron menegaskan, polis sedang menjalankan tindakan untuk mengesan pemilik kenderaan dan pasangan yang terlibat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Inspektor Suresh di talian 017-433 3795 bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga diingatkan tidak membuat sebarang komen yang tidak sahih sehingga mendatangkan kegusaran awam,” jelasnya.

Related Posts

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

KUCHING – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemaskan koordinasi pengurusan bencana di peringkat negeri menerusi satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (SDCC) pada Rabu. Sesi tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong menerima suntikan dana sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti demi keselesaan pelajar. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz