PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kritikan pembangkang terhadap proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah tidak berasas, kerana bekas Setiausaha Politik Kanan itu tidak menerima sebarang layanan istimewa sepanjang prosedur yang dijalankan.

Perdana Menteri berkata, beliau sama sekali tidak mempertahankan Shamsul Iskandar, malah bekas kakitangannya itu turut melalui proses tangkapan lengkap termasuk digari.

Malah, beliau menegaskan sekali lagi bahawa tiada campur tangan atau ‘teguran’ oleh pihaknya terhadap SPRM yang diberikan kebebasan sepenuhnya sepanjang proses siasatan terbabit.

“Dalam kes yang sekarang disiasat SPRM. Cuba lihat, hendak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan baju oren. Saya rasa banyak kes berat yang lain tidak digaripun.

“Tidak puas hati lagi ke? Jadi saya (rasa) setakat itu dan saya tidak tegur sepatahpun kepada SPRM. Saya sudah bagitahu, dia bebas untuk siasat, dia siasatlah. Dia nak suruh apa lagi?

“Saya tidak pertahankan staf (kakitangan) saya. Saya hendak tanya mengapa hendak pertahankan orang lain?” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN–Masjid Tanah) berhubung kenyataan Anwar sebelum ini yang menyatakan peletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai bukti integriti Kerajaan MADANI.

Jumaat lalu, Shamsul Iskandar direman enam hari sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei.

Shamsul Iskandar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri selepas mendakwa terdapat usaha menggunakan kontroversi tersebut untuk menjatuhkan reputasinya dan imej kerajaan.

Related Posts

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau menerima surat daripada ahli Exco Terengganu dan Kelantan yang meminta kelulusan projek tertentu daripadanya. Perdana Menteri berkata, permohonan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

HUTANG negara berada dalam kawalan dan menekankan bahawa rakyat tidak seharusnya keliru atau salah tafsir dengan angka yang dibentangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penjelasan mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

  • By Siti
  • December 2, 2025
Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar