PM harap situasi politik Indonesia, Thailand segera pulih

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kestabilan politik di Indonesia dan Thailand, dengan menegaskan perkembangan kedua-dua negara itu penting bagi perpaduan ASEAN serta hubungan dua hala dengan Malaysia.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN berkata, ketika pertemuan di Beijing beberapa hari lalu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan keadaan di Jakarta menunjukkan tanda semakin reda.

“Kita mendoakan yang terbaik untuk Indonesia, bukan sahaja sebagai rakan ASEAN tetapi juga sebagai sahabat dan keluarga rapat,” katanya.

Mengenai situasi di Thailand, Anwar berharap proses pembentukan kerajaan baharu dipercepatkan.

Katanya, beliau akan segera menghubungi pimpinan negara itu sebaik sahaja keadaan kembali stabil.

“Kekuatan ASEAN bergantung kepada kestabilan negara anggotanya. Sebaik sahaja segala urusan di Thailand selesai, saya akan segera menghubungi pimpinan mereka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Perdana Menteri ditemui selepas menghadiri program Temu Mesra MADANI Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyantuni masyarakat dan solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, di sini, hari ini.

Related Posts

Fitnah, bina persepsi palsu terhadap Fadhlina, PKR Kimanis buat 2 laporan polis
  • IthmaIthma
  • September 12, 2025

KIMANIS – Susulan kenyataan berbaur fitnah dan membina persepsi palsu terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, PKR Cabang Kimanis membuat dua laporan polis terhadap pengguna Facebook ‘Hj Adam Jumaat’, pada Khamis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kerajaan MADANI menubuhkan jawatankuasa diraja bagi memastikan tiada konflik kepentingan yang wujud dalam melaksanakan pengasingan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Peguam kanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fitnah, bina persepsi palsu terhadap Fadhlina, PKR Kimanis buat 2 laporan polis

  • By Ithma
  • September 12, 2025
Fitnah, bina persepsi palsu terhadap Fadhlina, PKR Kimanis buat 2 laporan polis

Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

179 mangsa banjir dpindah ke 4 PPS Penampang

  • By Fatin
  • September 12, 2025
179 mangsa banjir dpindah ke 4 PPS Penampang

United ‘jual’ Onana kepada Trabzonspor

United ‘jual’ Onana kepada Trabzonspor

Penumpang belakang kereta juga wajib pakai tali pinggang keledar

Penumpang belakang kereta juga wajib pakai tali pinggang keledar

Lelaki tertimbus, tanah runtuh hempap rumah di Penampang

  • By Ynom
  • September 12, 2025
Lelaki tertimbus, tanah runtuh hempap rumah di Penampang