PJKHRS kongsi rezeki santuni 50 yatim, asnaf berbaju raya baharu

TAWAU – Seramai 50 penerima dalam kalangan anak yatim dan asnaf gembira apabila disantuni Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah (PJKHRS) dengan membeli pakaian baharu bagi menyambut perayaan Aidilfitri akan datang.

Pengerusi PJKHRS, Sammie Liew berkata, buat julung kali persatuannya memilih untuk berkongsi rezeki dengan anak yatim dan asnaf bagi meringankan heban keluarga kurang berkemampuan untuk membuat persiapan raya.

“Tahun ini, kami fokus kepada 50 kanak-kanak dan keluarga, membantu mereka dengan membeli baju raya.

“Sudah tentu pihak kami cukup teruja apabila melihat adik-adik penerima dapat memilih pakaian raya mengikut pilihan dan cita rasa sendiri,” katanya kepada media di Tawau.

Jelas Sammie, usaha itu juga secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan sekitar bandar Tawau untuk meningkatkan hasil jualan mereka.

“Kami juga menyedari mengenai masalah peniaga-peniaga tempatan yang bergelut dengan saingan perniagaan dalam talian sehingga menjejaskan operasi mereka.

“Justeru, untuk program sulung ini, PJKHRS bekerjasama dengan pemilik Ha Collection untuk menjayakan program ini,” katanya.

Sammie juga berharap agar orang ramai terus menyokong usaha NGO yang bergiat aktif dalam membantu golongan memerlukan.

“Sudah tentu kejayaan pergerakan sesuatu NGO seperti kami memerlukan sokongan kuat daripada orang ramai dan mereka yang mempunyai kelebihan rezeki tetapi tidak tahu di mana hendak menyalurkan bantuan boleh menghubungi NGO yang ada untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Salina Ahmad, 42, seorang suri rumah berasa gembira kerana dua daripada 10 anaknya terpilih menerima baju raya baharu daripada PJKHRS.

“Pendapatan suami yang bekerja sebagai buruh sudah tentu menghadkan kami untuk berbelanja pada hari raya.

“Syukur, dua anak kami yang masih bersekolah rendah di Tanjung Batu, terpilih menerima baju baharu, hari ini,” ujarnya.

Related Posts

Operasi Semut 1945, simbol penentangan penjajahan Jepun di Bario

KUCHING – Operasi Semut 1945 merupakan salah satu peristiwa bersejarah dalam lipatan sejarah Sarawak ketika Perang Dunia Kedua. Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Air mata Ramadan berakhir, pemain dan pegawai KDA FC dapat ‘duit raya’ RM200,000

ALOR SETAR – Barisan pemain serta pegawai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini mampu menarik nafas lega setelah menerima sumbangan keseluruhan RM200,000 menerusi Tabung Aidilfitri Pemain Bola Sepak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi Semut 1945, simbol penentangan penjajahan Jepun di Bario

Operasi Semut 1945, simbol penentangan penjajahan Jepun di Bario

Air mata Ramadan berakhir, pemain dan pegawai KDA FC dapat ‘duit raya’ RM200,000

Air mata Ramadan berakhir, pemain dan pegawai KDA FC dapat ‘duit raya’ RM200,000

Polis tahan empat suspek curi sawit di sekitar Bera

Polis tahan empat suspek curi sawit di sekitar Bera

Hakisan pantai Pahang membimbangkan

Hakisan pantai Pahang membimbangkan

KDNK bertumbuh, bukti reformasi ekonomi mula membuahkan hasil

  • By Mai S
  • March 25, 2025
KDNK bertumbuh, bukti reformasi ekonomi mula membuahkan hasil

PM arah KPDN, KPKM gandakan pemantauan skim harga maksimum

  • By Mai S
  • March 25, 2025
PM arah KPDN, KPKM gandakan pemantauan skim harga maksimum