PH tidak bertanding PRK DUN Mahkota, beri BN laluan ‐ Saifuddin

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada September ini, kata Ketua Setiausaha PH.

Saifuddin berkata, kepimpinan tertinggi PH telah mengadakan mesyuarat minggu lalu dan mencapai persetujuan bahawa PRK DUN Mahkota akan ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN).

“PH bersetuju calon BN akan bertanding (pada PRK DUN Mahkota) sebagai menghormati kerusi penyandang sepertimana BN berbuat serupa ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September 2023,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Saifuddin juga berkata, PH akan turun memberi sokongan penuh kepada BN.

“PH akan turun memberi sokongan dan dukungan sepenuhnya kerana mengekalkan kemenangan kerusi DUN Mahkota menjadi keutamaan dalam semangat Kerajaan Perpaduan hari ini,” katanya.

Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang, Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK itu pada 28 September, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 September.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

Related Posts

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

ALOR SETAR: Lima formula ‘ABCDE’ yang digunakan dalam lima pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini terbukti membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) boleh digunakan untuk merampas Kedah. Ahli Majlis Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan heret anak muda dalam kancah politik sempit

DATUK Seri Anwar Ibrahim menasihati semua pihak agar tidak mengheret golongan muda di negara ini ke dalam pergeseran politik sempit dan perbalahan antara kaum. Perdana Menteri menegaskan, anak muda perlu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini