PH mahu fokus kestabilan politik – Mustapha

KOTA KINABALU – Fokus Pakatan Harapan (PH) adalah memastikan kestabilan politik di peringkat negeri dan nasional, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.

Menurut beliau, tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru-baru ini dianggap sebagai isu dalaman gabungan itu dan tidak menjejaskan hala tuju PH.

“Sebab yang penting kami memikirkan kestabilan politik negeri dan juga di peringkat nasional.

“Jadi apabila reaksinya begitu, saya fikir itu keputusan STAR dan SAPP.

“Jadi kami bersedia dengan segala kemungkinan dan kita akan juga meletakkan calon-calon kita di mana yang kita telah tetapkan,” katanya ketika ditanya reaksi mengenai tindakan STAR dan SAPP yang sah meninggalkan GRS. 

Mustapha berkata demikian semasa ditemui media selepas Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Kawasan Parlimen Sepanggar Tahun 2025 di Gelanggang Futsal Kampung Darau, Manggatal, di sini pada Sabtu.

Beliau menjelaskan PH hanya menuntut jumlah kerusi yang kecil dalam rundingan pembahagian kerusi bersama rakan gabungan.

“Kami ada hanya empat parti iaitu PKR, UPKO, DAP dan juga Amanah. 

“Jadi kami fikir kerusi yang kami minta itu tidak banyak,” katanya lagi. 

Mustapha turut menyatakan harapan agar parti-parti lain dalam GRS yang masih kekal dapat terus berkompromi dan meneruskan rundingan demi kestabilan negeri dan negara.

Mengenai status rundingan kerusi, beliau berkata prosesnya masih berjalan dan dijangka dimuktamadkan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sedang berjalan, saya fikir dalam masa dekat ini perundingan itu dapat diselesaikan sebelum pembubaran,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sendiri akan bertanding, Mustapha berkata, beliau kini diminta memberi tumpuan kepada peringkat Parlimen dan membantu kempen PH, terutamanya bagi kerusi-kerusi PKR.

“Setakat ini saya diminta fokus kepada Parlimen, Kerajaan Pusat. 

“Jadi saya akan membantu untuk memenangkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PH terutamanya PKR, dan kita akan pertahankan sehabis mungkin Api-Api dan juga Inanam,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa Datuk Peto Galim akan sekali lagi ditampilkan sebagai calon PH untuk DUN Inanam, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri semasa jelajah di Kampung Kobuni minggu lalu.

“Jadi dua kerusi ini, kita akan pertahankan selain kita akan menambah kerusi-kerusi yang lain,” ujarnya.

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

KOTA BELUD – Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan bahawa komuniti pulau akan terus menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 tanpa terikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000