Peruntukan khas Belanjawan 2026 suntik semangat baharu hoki Terengganu

KUALA TERENGGANU – Persatuan Hoki Terengganu menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman peruntukan khas bagi pembangunan sukan hoki negeri itu dalam Belanjawan 2026.

Pengerusinya, Fikri Harun berkata, pengumuman tersebut memberi suntikan semangat baharu kepada sukan hoki di Terengganu, sekali gus menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai pemain berbakat yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara.

“Kami amat berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas denyutan semangat yang diberikan menerusi bajet terbaharu ini. Peruntukan ini bukan sahaja membantu pembangunan hoki negeri, malah membuka ruang kepada kemunculan bakat baharu di peringkat kebangsaan,” katanya.

Peruntukan khas itu antara lain disalurkan bagi menambah baik kemudahan latihan, program pembangunan akar umbi serta penganjuran kejohanan hoki di peringkat negeri dan daerah, sekali gus memperkukuh Terengganu sebagai antara pusat tumpuan sukan hoki negara.

Fikri yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman turut menghargai komitmen semua pihak yang sentiasa berusaha memperkukuh ekosistem sukan hoki di negeri itu, termasuk inisiatif membaik pulih Stadium Hoki Terengganu.

“Dengan komitmen berterusan serta peruntukan yang diumumkan, kami yakin usaha ini akan membawa hasil besar untuk hoki Terengganu dan juga hoki Malaysia,” katanya.

Beliau turut berdoa agar segala perancangan berjalan lancar dan mampu mengembalikan kegemilangan Terengganu sebagai kuasa utama dalam arena hoki tanah air.

Related Posts

RM1.5 juta bina semula Klinik Kesihatan Sungai Tamang

TAWAU – Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan menerusi projek naik taraf klinik daif sebagai usaha mempercepat projek membangun semula Klinik Kesihatan Sungai Tamang di Pulau Sebatik yang telah beroperasi sejak 1969. …

Lebih lanjut

teruskan membaca
13 kes Akta 852 di Sabah dimajukan ke mahkamah

TAWAU –  Sebanyak 13 kes pelanggaran serius di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di Sabah dibawa ke mahkamah sebagai tanda keseriusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maritim nafi tuduhan serang Masjid Rusila, dakwaan Takiyuddin berniat jahat

Maritim nafi tuduhan serang Masjid Rusila, dakwaan Takiyuddin berniat jahat

Peruntukan khas Belanjawan 2026 suntik semangat baharu hoki Terengganu

Peruntukan khas Belanjawan 2026 suntik semangat baharu hoki Terengganu

RM1.5 juta bina semula Klinik Kesihatan Sungai Tamang

  • By Fatin
  • October 22, 2025
RM1.5 juta bina semula Klinik Kesihatan Sungai Tamang

13 kes Akta 852 di Sabah dimajukan ke mahkamah

  • By Fatin
  • October 22, 2025
13 kes Akta 852 di Sabah dimajukan ke mahkamah

Penduduk Kg PPH Karamunting lega laluan utama disimen sepenuhnya

  • By Fandi
  • October 22, 2025
Penduduk Kg PPH Karamunting lega laluan utama disimen sepenuhnya

JSJN Sabah tumpas sindiket dadah, rampas syabu dan ganja bernilai RM1.6 juta

JSJN Sabah tumpas sindiket dadah, rampas syabu dan ganja bernilai RM1.6 juta