Permudah pelajar sekolah dapatkan lesen memandu – Zuraidi

KUALA NERANG – Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim mencadangkan supaya proses mendapatkan lesen memandu bagi remaja, terutama pelajar yang berulang-alik menggunakan motosikal ke sekolah disaran dipermudahkan supaya mereka tidak terus terpinggir daripada menikmati subsidi petrol RON95.

Beliau berkata, ramai pelajar di kawasan luar bandar seperti di Padang Terap masih tidak memiliki lesen walaupun motosikal menjadi kenderaan utama mereka ke sekolah dan membantu keluarga ke kebun.

Bagaimanapun katanya, mereka tidak layak mendapat manfaat subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kerana tiada lesen walaupun layak mendapatkan dokumen berkenaan.

Menerusi inisiatif dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 September lalu itu, warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, dengan had kelayakan hingga 300 liter sebulan.

“Ramai pelajar guna motosikal setiap hari, tapi tak layak guna subsidi BUDI95 sebab tak ada lesen. Akhirnya kena bayar harga penuh RM2.60 seliter dan membebankan keluarga luar bandar. Contohnya di daerah ini, ramai ibu bapa menoreh getah dan menjadi petani,” katanya.

Beliau yang ditemui media selepas Program Jelajah Keadilan Padang Terap di Kampung Sireh, semalam, berkata kebanyakan remaja bukan sengaja melanggar undang-undang, tetapi takut berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana bimbang dikenakan tindakan semasa proses mendapatkan lesen.

“Saya cadangkan JPJ guna pendekatan lebih mesra, turun ke kampung, buat program khas. Saya bersedia jadi perantara untuk bantu mudahkan urusan. Daftar, beri penerangan dan terus jalankan ujian, tak perlu ambil masa terlalu lama,” katanya.

Zuraidi berkata, pendekatan itu akan memudahkan pelajar berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen memandu dengan cepat, sekali gus layak menikmati subsidi RON95 seperti pengguna lain dan akhirnya dapat melegakan ibu bapa serta keluarga yang tidak berkemampuan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya bersedia menyalurkan bantuan serta menggerakkan sukarelawan terlatih bagi membantu mangsa banjir apabila bencana itu melanda, malah sanggup menyewa bot menyelamat sekiranya diperlukan.

“Kita tak tunggu sampai banjir baru nak gerak, dari sekarang sudah bersiap sedia dengan pasukan dan logistik. Kalau perlu, kita sanggup sewa sendiri bot untuk bantu selamatkan mangsa sekiranya bot agensi berkaitan seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) tidak mencukupi,” katanya.

Katanya, pihaknya akan bergabung tenaga dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada semua tanpa mengira latar belakang politik atau kaum dan akan turut menyediakan ambulans sekiranya hospital atau agensi penyelamat tidak dapat tiba segera ke lokasi bencana.

“Kalau ada pesakit terperangkap, kita turun sendiri, kita bawa dengan ambulans ke hospital terdekat, itu tanggungjawab kita,” katanya.

­

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

KEMASIK – Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyerlahkan bakat dan potensi generasi muda melalui pelbagai aktiviti seni, kepimpinan dan pengurusan acara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000