Penyelesaian menyeluruh atasi konflik antara manusia, gajah

JOHOR BAHRU – Susulan permasalahan membabitkan konflik antara manusia dan gajah yang semakin ketara di negeri Johor, pihak berkaitan telah merangka tindakan penyelesaian menyeluruh bagi memastikan isu tersebut dapat diatasi secara berhemah.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hidupan liar itu seharusnya dilindungi, namun apabila habitatnya semakin pupus, kumpulan gajah berkenaan kini berubah menjadi satu ancaman kepada penduduk.

“Konflik antara manusia dan gajah di negeri ini semakin membimbangkan dengan lebih 100 aduan diterima setiap tahun serta kerugian dianggarkan mencecah RM1.1 juta.

“Justeru, ia memerlukan penyelesaian menyeluruh melalui pendekatan jangka masa pendek, sederhana dan panjang agar keseimbangan ekosistem serta pembangunan negeri dapat dicapai,” katanya dalam hantaran di Facebook ketika mengadakan lawatan ke Santuari Gajah Johor (JES) di Kota Tinggi, di sini.

Menurut Onn Hafiz, antara penyelesaian jangka pendek ialah meningkatkan kawalan dan rondaan di kawasan hotspot, melakukan pemindahan gajah ke kawasan yang lebih sesuai serta menambah jumlah anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi mewujudkan Pasukan Tindakan Awal (PTA) untuk melakukan pengawasan dan menangani aduan dengan lebih pantas.

“Bagi jangka sederhana pula, pemasangan kolar satelit akan digunakan bagi memantau pergerakan gajah liar dan membina halangan fizikal di Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi melindungi kawasan penempatan dicerobohi gajah.

“Manakala untuk jangka panjang, pembangunan Food Bank Gajah di sempadan koridor gajah bagi menyediakan sumber makanan alternatif dan mengurangkan pencerobohan ke kawasan pertanian. Selain itu, kita akan memperkasakan JES sebagai pusat pemuliharaan bagi menyokong eko-pelancongan dan kajian biodiversiti,” katanya.

Onn Hafiz berkata, tindakan menyeluruh dan berstrategi itu penting kepada kira-kira 160 ekor gajah liar di negeri ini bagi tujuan mengimbangi pemuliharaan alam, keselamatan penduduk serta melindungi populasi gajah sebagai khazanah alam.

Katanya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi kerajaan, pihak swasta serta institusi penyelidikan komited dalam mencari penyelesaian yang mampan dan berkesan.

“Konservasi gajah bukan sekadar satu tanggungjawab, tetapi satu amanah dalam memastikan keharmonian antara manusia dan alam terus terpelihara.

“Dengan pelaksanaan strategi yang komprehensif dan sokongan semua pihak, saya yakin isu antara gajah dan manusia dapat diselesaikan. Semoga segala usaha ini membuahkan hasil yang positif,” katanya.

Related Posts

Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

SANDAKAN – Fenomena puting beliung menyebabkan kerosakan tiga buah rumah atas air di Kampung Sim-Sim, di sini, pada Isnin. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, rumah di Lot 87, Lot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

KOTA KINABALU – Selepas lebih 40 tahun menunggu, penduduk enam kampung di kawasan Pintasan Kota Marudu akhirnya menarik nafas lega apabila isu geran tanah yang sekian lama membelenggu hampir selesai.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

  • By Fandi
  • March 17, 2025
Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

  • By Ynom
  • March 17, 2025
Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza