Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

KOTA KINABALU – “Pelantikan ini bukan satu penghormatan kepada saya semata-mata, tetapi amanah untuk terus memperjuangkan suara rakyat,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Mohamed Razali Razi atau lebih dikenali sebagai Datuk Bob, susulan pelantikannya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Rabu.

Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan itu adalah satu tanggungjawab besar yang akan dipikul dengan penuh iltizam, khususnya dalam memastikan masyarakat Darau terus mendapat pembelaan dan perhatian sewajarnya.

“Politik bukan pentas mencari kemewahan, tetapi ruang untuk membawa suara rakyat yang kadang-kadang tenggelam di tengah hiruk-pikuk percaturan kuasa.

“Amanah ini saya pikul dengan hati yang rendah diri,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Razali yang juga Setiausaha Eksekutif Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menyatakan rasa syukur atas rezeki dan peluang yang diberikan, sambil menyifatkan perjalanan turun padangnya sebelum ini seperti berjumpa penduduk, mendengar keluhan dan memahami isu setempat adalah sebahagian daripada aturan Allah untuk mempersiapkannya ke tahap ini.

“Segala usaha ini adalah untuk Darau. Untuk keluarga yang saya temui di jalan kampung, untuk anak muda yang membawa impian besar, untuk ibu bapa yang mahukan masa depan lebih terjamin.

“Darau bukan hanya kawasan, ia adalah jiwa perjuangan saya,” katanya.

Tambah Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu, kuasa adalah pinjaman dan boleh datang serta pergi pada bila-bila masa, namun khidmat kepada rakyat adalah satu kewajipan yang sentiasa dipegangnya.

“Insya-Allah, suara Darau akan sentiasa bergema di Dewan Undangan Sabah. Terima kasih Darau, amanah ini milik kita bersama,” katanya.

Razali yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau itu merupakan antara enam antara senarai ADUN Dilantik termasuk seorang bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin Ken Fong.

Turut menyertai senarai tersebut Datuk Ceasar Mandela Malakun (GRS); Datuk Ir Chin Shu Ying (GRS); Datuk Kasim Razali (GRS) serta; Grace Lee Li Mei (PKR).

Related Posts

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, mempersoalkan tindakan Pas yang didakwanya lantang mengulas video membabitkan ahli perniagaan, Albert Tei, namun memilih untuk berdiam diri berhubung isu video lama yang pernah dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

TIGA menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, sekali gus menyambung perkhidmatan mereka dalam pentadbiran kerajaan. Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

  • By Fatin
  • December 3, 2025
Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

  • By Siti
  • December 3, 2025
Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle