Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

KLUANG – Sepasang suami isteri warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa kebenaran sah serta dadah.

Koh Yaw, 61, dan isterinya, Ong Kim Chu, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji, lapor Bernama.

Mereka secara bersama-sama didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis revolver.38 SPL jenama Taurus Brasil dan 33 butir peluru tanpa kebenaran yang sah serta dadah jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 84.54 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan 3/2, Taman Sri Kluang pada 12.30 tengah malam 22 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan memiliki dadah, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Hakim Mujib tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan semula pada 27 Februari untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Related Posts

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

KANGAR – Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2026 menjadi acara pelancongan kebudayaan pertama yang membuka tirai takwim Tahun Melawat Malaysia 2026, apabila dijadual berlangsung dari 6 hingga 8 Februari depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

BETONG – Usaha meringankan beban keluarga, khususnya di kawasan luar bandar, terus diperkukuh apabila Program ‘Back To School’ menyaksikan pengagihan 1,030 unit beg sekolah dan alat tulis kepada murid dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

Di mana kedudukan Mursyidul Am dan Majlis Syura Pas?

Di mana kedudukan Mursyidul Am dan Majlis Syura Pas?

Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

Integrasi STILE perkukuh pengurusan trafik Sri Aman

Integrasi STILE perkukuh pengurusan trafik Sri Aman