PAS tidak berminat sertai Kerajaan Perpaduan

NIBONG TEBAL – PAS menafikan partinya akan menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan seperti dilaporkan oleh media tempatan baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak wujud sebarang rundingan partinya dengan kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan dalam memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk mereka mendukung kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan UMNO.

“Hari ini sedang viral (tular) berita kononnya PAS sedang berunding untuk menyertai Kerajaan Perpaduan… poodah!

“Saya nak buat kenyataan penegasan, PAS tidak akan menyertai kerajaan PH-BN.

“Tidak ada sebarang perundingan, tidak ada sebarang perbincangan, (sama ada) mesyuarat dalaman parti atau bersama dengan PN,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana PN di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil yang mendedahkan perkara itu kepada media selepas hari penamaan calon, semalam.

Menjawab pertanyaan pemberita, Fahmi dilihat tidak menafikan khabar angin itu yang menegaskan banyak perbincangan antara kerajaan dan pembangkang telah dilaksanakan, terutamanya membabitkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara khusus berkenaan inti pati pertemuan itu yang membuktikan wujudnya konflik perpecahan dan masalah dalaman di antara PAS serta Bersatu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak akan mengkhianati mandat dan janji kepada rakyat untuk tidak mendukung Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Tiada sebab kita nak dukung macam UMNO. (UMNO) waktu kempen pada rakyat (uar-uarkan) no DAP no Anwar, wallahi, wabillahi, bersumpah.

“Tiba-tiba selepas pilihan raya dia langgar keputusan parti dia. Sebaliknya, PAS janji dengan rakyat no Anwar no DAP, kita akan pegang janji sehingga pilihan raya akan datang insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James