Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, mempersoalkan tindakan Pas yang didakwanya lantang mengulas video membabitkan ahli perniagaan, Albert Tei, namun memilih untuk berdiam diri berhubung isu video lama yang pernah dikaitkan dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Raggie berkata, tindakan Pas itu menimbulkan tanda tanya besar mengenai konsistensi parti berkenaan dalam isu integriti, lebih-lebih lagi apabila pendedahan mengenai video Azmin kembali dibangkitkan oleh bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menurutnya, jika Pas benar-benar memperjuangkan integriti, sikap selektif dalam mengulas isu membabitkan rakan gabungan tidak seharusnya berlaku.

“Kalau video Albert Tei yang kabur, penuh persoalan dan tidak membuktikan apa-apa pun boleh jadi modal besar Pas, kenapa isu video Azmin yang jauh lebih serius ini mereka diam?” katanya menerusi hantaran video di Facebooknya.

Raggie menambah, alasan bahawa isu video tersebut adalah ‘hal parti lain’ tidak boleh diterima kerana Pas dan Bersatu berada dalam satu gabungan politik yang sedang memposisikan diri sebagai kerajaan menanti.

“Itu bukan hal parti lain, itu hal gabungan sendiri. Azmin pemimpin kanan PN. Kalau benar mahu jadi kerajaan, janganlah isu integriti rakan sendiri pun takut nak sentuh,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Pas boleh menggesa tindakan undang-undang diambil dalam kes membabitkan video Albert, tetapi tidak menunjukkan ketegasan sama terhadap dakwaan jauh lebih serius yang dibangkitkan Wan Saiful.

Dalam ulasan itu juga, Raggie menegaskan video yang didedahkan Albert tidak membuktikan apa-apa dan tidak boleh dijadikan asas serangan politik.

Menurutnya, sekiranya Albert memiliki bukti kukuh, beliau sepatutnya menyerahkannya terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Video bukan bukti. Esok sesiapa pun boleh rakam dan kaburkan muka orang untuk buat dakwaan. Kalau Albert ada bukti, kenapa tak serah kepada SPRM? Kenapa lebih suka buat pendedahan berfasa di media?” katanya.

Raggie berkata, sikap Pas yang memilih isu tertentu dan mengetepikan isu lain menunjukkan wujudnya dua darjat dalam cara parti itu menangani persoalan integriti.

“Dalam hal Albert, mereka tanya kenapa tak saman. Tapi dalam isu Azmin, mereka tak tanya pun mana bukti, mana siasatan, mana kebertanggungjawaban. Itu jelas dua darjat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tumpuan utama kini sewajarnya kekal kepada siasatan SPRM terhadap dakwaan yang dibuat Albert dan semua pihak berkaitan, bukannya memperbesarkan rakaman yang tidak terbukti.

Raggie menutup ulasannya dengan menegaskan bahawa Pas tidak boleh terus diam terhadap isu video Azmin jika mahu dilihat konsisten dalam memperjuangkan integriti.

“Kalau video kabur seperti video Albert boleh jadi isu besar, lebih pelik bila Pas tak sentuh langsung isu video Azmin yang jauh lebih berat, malah dibangkitkan orang dalam gabungan mereka sendiri. Kalau mahu integriti, ia mesti konsisten bukan ikut keselesaan politik,” katanya.

Related Posts

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

TIGA menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, sekali gus menyambung perkhidmatan mereka dalam pentadbiran kerajaan. Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

KOTA KINABALU – “Pelantikan ini bukan satu penghormatan kepada saya semata-mata, tetapi amanah untuk terus memperjuangkan suara rakyat,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Mohamed Razali Razi atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

  • By Fatin
  • December 3, 2025
Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

  • By Siti
  • December 3, 2025
Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle