MyLesen bantu penduduk Lawas dapatkan lesen percuma, tingkatkan taraf ekonomi

LAWAS – Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) yang dilaksanakan di kawasan luar bandar terus membuahkan hasil apabila seramai 948 peserta dari Lawas khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari berjaya memperoleh lesen memandu kelas B2 secara percuma.

Menurut Timbalan Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, inisiatif MyLesen merupakan usaha berterusan kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40), khususnya di kawasan luar bandar, mendapatkan lesen memandu yang sah dan diiktiraf.

“Program ini bukan sahaja memudahkan rakyat untuk bergerak dan mencari rezeki, malah membolehkan mereka menikmati pelbagai manfaat lain termasuk subsidi bersasar di bawah Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95),” katanya ketika ucapan aluan pada majlis berkenaan pada Ahad.

Beliau menjelaskan, menerusi sistem subsidi baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 22 September lalu, semua warganegara berlesen aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 secara automatik mulai 30 September 2025, tanpa perlu mendaftar.

Tambahnya, JPJ turut melanjutkan waktu operasi kaunter pada hujung minggu bagi memberi ruang kepada lebih ramai rakyat memperbaharui atau mendapatkan lesen memandu mereka agar tidak tercicir daripada menerima manfaat tersebut.

Majlis turut menyerahkan lesen kepada peserta paling veteran berusia 70 tahun, manakala peserta termuda berusia 16 tahun, membuktikan penyertaan meluas daripada pelbagai lapisan umur.

Hasbi turut menyeru semua penerima lesen agar menjadi pemandu yang berhemah dan bertanggungjawab, serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.

Program anjuran JPJ Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat N.82 Bukit Sari, Pusat Khidmat P.222 Lawas, JPJ Cawangan Lawas, JPJ Cawangan Limbang, serta beberapa agensi kerajaan dan swasta itu berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Majlis Daerah Lawas, Pejabat Daerah Lawas, dan Institut Memandu Lawas Sdn. Bhd., atas komitmen dalam menjayakan program berkenaan.

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

KEMASIK – Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyerlahkan bakat dan potensi generasi muda melalui pelbagai aktiviti seni, kepimpinan dan pengurusan acara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000