Murid perlu lepasi ujian diagnostik khas layak masuk Tahun 1 umur 6 tahun – Fadhlina

ALOR SETAR – Murid berusia 6 tahun hanya layak memasuki Tahun 1 pada 2027 sekiranya berjaya melepasi ujian diagnostik khas yang bakal diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut selaras dengan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memberi fleksibiliti kepada ibu bapa dalam menentukan laluan pendidikan awal anak-anak.

Menurutnya, dasar baharu itu bukan satu paksaan, sebaliknya merupakan satu pilihan yang perlu disokong oleh sistem ujian diagnostik khas untuk menilai tahap psikoemosi, kemahiran serta kebersediaan murid sebelum melangkah ke Tahun 1.

“Kita tidak serahkan keputusan ini kepada ibu bapa semata-mata. Anak-anak mesti melalui ujian diagnostik terlebih dahulu.

“Dari situ, kita akan kenal pasti sama ada mereka benar-benar bersedia untuk mengikuti kurikulum baharu di Tahun 1,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program PAKAT Prasekolah di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di sini hari ini.

Fadhlina menjelaskan bahawa ibu bapa perlu mendaftarkan anak mereka untuk mengikuti ujian diagnostik khas yang pelaksanaannya akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, beliau berkata, persediaan pelaksanaan dasar tersebut turut melibatkan aspek prasarana sekolah, penjadualan guru serta sokongan sistemik yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, KPM sedang mengenal pasti sekolah yang bersedia untuk melaksanakan dasar tersebut, termasuk pembinaan kelas baharu menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi mengatasi isu kepadatan.

“Kita sudah ada pengalaman membina lebih 100 sekolah menggunakan IBS untuk mengatasi masalah sekolah padat.

“Jadi, jika ada keperluan tambahan, kita bersedia melaksanakannya dalam tempoh singkat,” ujarnya.

Mengenai keperluan guru, Fadhlina menegaskan bahawa penjadualan dan penempatan akan disusun berdasarkan data yang diperoleh melalui ujian diagnostik khas tersebut.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi