Masih relevankah Muhyiddin sebagai calon PM?

KEMELUT antara Bersatu dan Pas dilihat terus meruncing apabila isu dalaman berhubung calon Perdana Menteri mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN) masih gagal mencapai kesepakatan.

Melalui temubual FMT, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menegaskan bahawa seluruh ahli parti tetap sebulat suara memilih presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’ untuk PN.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab teka-teki mengenai calon Perdana Menteri di bawah PN susulan Pas sebelum ini dilaporkan bertegas mahu menamakan ahli mereka sebagai pemimpin negara.

Susulan dakwaan Wan Saiful, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin semalam dilaporkan berkata, Pas masih menafikan na­ma Muhyiddin untuk dicalonkan dalam jawatan berkenaan sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Hashim berkata, sehingga kini belum ada sebarang keputusan dalam gabu­ngan PN bagi menentukan perkara tersebut.

Menurut Hashim, Bersatu tidak boleh membelakangi Pas dalam menentukan jawatan penting melainkan ia adalah keputusan yang dipersetujui secara bersama.

Katanya lagi, kini terbukti banyak kepincangan di dalam Bersatu dan mereka perlu insaf mengenai hakikat dan kedudukan tersebut.

Persoalannya, adakah Ahli Parlimen Pagoh itu masih relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kali kedua setelah pelbagai krisis politik timbul sepanjang pentadbiran beliau terdahulu?

Tegas Wan Saiful, tiada yang lebih layak diangkat menjadi presiden parti dan calon pemimpin negara selain daripada mantan Perdana Menteri itu sendiri.

Namun, bagaimana pula nasib Pas? Parti berkonsepkan islamik itu telah lama bertapak dan hak mereka seolah dinafikan walhal, mereka adalah barisan pembangkang yang lebih dahulu ‘makan garam’.

Jika diamati, kegagalan Muhyiddin bukan sahaja sepanjang beliau bergelar Perdana Menteri, malah sebagai wakil rakyat juga.

Buktinya, pelbagai masalah setempat di Parlimen Pagoh sehingga kini gagal diuruskan dengan baik.

Janji kosong seperti projek perumahan rakyat, banjir kilat dan memajukan hab pertanian hanya omong kosong.

Kejayaan dibawa beliau yang boleh dibanggakan hanyalah pembinaan Hab Universiti Pagoh. Namun, di sebalik projek gah yang bertapak sekitar tahun sedekad lalu, isu setempat dihadapi penduduk sebenarnya semakin meruncing.

Menurut penduduk di sekitar Kampung Panjang Sari, di sini, sejak syarikat pengemudinya, Sime Darby Plantation membawa masuk pelbagai pembangunan termasuklah menurap bukit-bukau, menambak tanah untuk membina taman perumahan semata-mata bagi tujuan pembinaan hab universiti, laluan parit berhampiran kediaman penduduk sering tersumbat hingga mengakibatkan banjir kilat.

Kata mereka, isu itu telah diadukan ke pelbagai pihak termasuklah Kerajaan Persekutuan ketika Muhyiddin bergelar Timbalan Perdana Menteri, namun tiada penyelesaian jangka masa panjang diambil.

Tidak termasuk soal kebajikan lain seperti pembinaan rumah rakyat, penduduk Pagoh di sini seolah-olah sudah letih dengan imej wakil rakyat yang kononnya mempunyai jawatan penting di barisan Kerajaan Persekutuan.

Dakwa mereka, sejak bergelar Timbalan Perdana Menteri sehingga kepada menteri kanan dan terakhir jawatan beliau sebagai Perdana Menteri sendiri, isu kebajikan rakyat gagal diselesaikan.

Terdahulu, pada pemilihan Bersatu bagi penggal 2024-2027, Perdana Menteri kelapan itu menang tanpa bertanding jawatan presiden, begitu juga Setiausaha Agung Hamzah Zainudin yang diangkat sebagai timbalannya, menggantikan Ahmad Faizal Azumu.

Sedangkan pada tahun lalu, Muhyiddin pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi terbabit.

Namun beliau membuat ‘pusingan U’ dua hari kemudiannya selepas diyakinkan isterinya Noorainee Abdul Rahman untuk tidak mengecewakan ahli yang memerlukannya.

Pusingan U ini dilihat bakal berlaku sekali lagi setelah Bersatu sepakat untuk memilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada PRU16 nanti.

Walhal, pada PRU15 sebelum ini, Muhyiddin dalam sidang media pernah memberitahu bahawa PRU itu adalah yang terakhir untuk beliau.

Kemungkinan, mantan Perdana Menteri ini akan terus mencipta wayang kononnya mahu memberikan laluan kepada orang lain, namun beliau sendiri berkeinginan untuk meraih jawatan penting itu sekali lagi.

Related Posts

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti
  • YnomYnom
  • December 8, 2025

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN perlu umum calon PM, hentikan putar belit – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen menegaskan, Perikatan Nasional (PN) perlu memberi penjelasan segera mengenai hala tuju gabungan itu, termasuk menamakan calon Perdana Menteri dan menjelaskan kedudukan kepimpinan mereka menjelang Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam