Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza

PUTRAJAYA – Lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terkorban dalam serangan Israel di Gaza pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, serangan tersebut berlaku pada jam 1:30 petang Sabtu waktu Gaza ketika para petugas sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat genosid berterusan oleh rejim.

“Serangan ini disifatkan sebagai jenayah perang yang sangat keji dan tidak berperikemanusiaan, MAPIM mengecam sekeras-kerasnya dua serangan udara kejam oleh rejim Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, pada hari Sabtu, 15 Mac, yang telah meragut nyawa lapan petugas lapangan MAPIM.

“Tindakan menyerang orang awam yang sedang menjalankan tugas kemanusiaan adalah jenayah paling keji dan terkutuk. MAPIM mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang ini dan menyeru rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa MAPIM dan rakan rasminya, Al-Khair Foundation, amat terkejut dan berdukacita dengan tragedi ini yang telah meragut nyawa beberapa petugas kemanusiaan lapangan termasuk tiga daripadanya adalah pasukan media yang berdedikasi dalam menjalankan misi kemanusiaan.

“Serangan ini bukan sahaja mengorbankan nyawa yang tidak berdosa, tetapi turut menjejaskan operasi kemanusiaan penting di Gaza.

“MAPIM kehilangan beberapa petugas yang sangat komited dan ikhlas berkhidmat, termasuk seorang rakan media yang sangat rapat dengan saya,” tambahnya.

Lapan petugas kemanusiaan yang terkorban telah dikenalpasti sebagai Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad, serta kesemua mereka adalah warga Palestin.

“Serangan berlaku ketika para petugas sedang mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat perang di Gaza.

“Setakat ini 1,000 khemah telah berjaya didirikan dan bertujuan untuk menyediakan perlindungan sementara kepada mangsa yang kehilangan rumah akibat pengeboman tanpa henti di Gaza.

“MAPIM tetap teguh dengan komitmen dalam melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di Gaza, walaupun berdepan dengan pelbagai risiko dan cabaran.

“MAPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati, memperbanyakkan doa dan menyatakan solidariti bersama saudara-saudara kita di Palestin,” ujarnya.

MAPIM turut menegaskan bahawa serangan ini adalah satu pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva, yang melindungi hak penduduk awam di kawasan perang.

Selain itu, MAPIM turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menghentikan keganasan ini dan memastikan keadilan ditegakkan untuk mangsa yang terkorban serta keluarga mereka.

“MAPIM juga menyeru seluruh dunia untuk mengecam tindakan kejam ini tanpa kompromi.

“Ini bukan sekadar serangan ke atas Gaza – ia adalah serangan ke atas kemanusiaan. Kami menggesa para pemimpin dunia, organisasi kemanusiaan, dan masyarakat sivil untuk bersatu mengecam jenayah kejam ini dan menuntut pertanggungjawaban daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Kita tidak boleh berdiam diri ketika nyawa orang yang tidak berdosa diragut dengan kejam. Masyarakat antarabangsa mesti tampil ke hadapan dan memastikan keadilan ditegakkan. Serangan ini adalah satu serangan langsung terhadap maruah manusia dan keamanan dunia,” tambah beliau.

Related Posts

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

AHLI Parlimen yang mempertikaikan cadangan menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dinasihatkan agar membacamembaca buku ‘Membangun Negara MADANI’ sebelum mengkritik semberono. Tanpa menamakan mana-mana wakil rakyat, Perdana Menteri Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi, bagi menyambung proses memberi keterangan. Beliau yang hadir memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

  • By Fandi
  • March 17, 2025
Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

  • By Ynom
  • March 17, 2025
Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza